Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25)

tadi telah berlangsungnya FFM25..ia diadakan di PICC putrajaya..keseluruhannya Bunohan merangkul anugerah filem terbaik..tahniah pada semua pemenang!



Selain meraih gelaran Filem Terbaik, Bunohan juga turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik menerusi pengarahnya, Dain Iskandar Said dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Faizal Hussein.

Anugerah lain yang dirangkul Bunohan ialah Cerita Asal Terbaik, dan Lakon Layar Terbaik serta 3 Anugerah Cipta FFM 25 yang diterima sebelum ini iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

senarai pemenang:
Filem Box Office – Ombak Rindu
Anugerah Pencapaian Khas- Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng
Anugerah Khas Juri – Filem Vajram
Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari)
Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)
Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)
Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)
Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors
Filem Terbaik – Bunohan

FFM 25 turut memberikan beberapa Anugerah Khas seperti Pencapaian Sepanjang Hayat Wanita kepada Seniwati Mariani Ismail dan Pencapaian Sepanjang Hayat Lelaki kepada Datuk Aziz Sattar. Lain-lain anugerah ialah Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki (Mano Maniam) dan Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita (Lai Meng).

FFM 25 telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Mustika HD (saluran 134). Hos bagi acara tahunan ini ialah aktres Erra Fazira dan aktor Fahrin Ahmad.
 
credit to: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14154&c=1&s=1

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo