Anakku Khalyssa binti Khairul Anam

Assalamualaikum..
Lama kan aku tak menulis..yes harini aku kembali dengan gelaran seorang mummy pada Khalyssa binti Khairul Anam. Baby Khalyssa selamat dilahirkan pada 2 Disember 2013 jam 7.30petang di INS Specialist Alor Setar Kedah dengan berat 3.45kg. Disebalik gembiranya menerima ahli baru dalam family, aku dikhabarkan oleh suami yang anak kami ada masalah pada peparunya kerana tertelan najis. Ya Allah sedih nya tapi berlagak cool lagi. Aku serahkan pada doktor untuk buat yang terbaik. Dari hari dia dilahirkan hingga lah harini aku belum pernah pangku,riba dia lagi.

PAUSE

*lap air mata

Sebabya sejak dia lahir,doktor kena pantau keadaan dia dan tak boleh duduk dengan ibu. Aku pasrah. Esoknya aku dah bole discharge tapi anakku kena stay situ. Ya Allah hanya Allah j taw orang lain happy ja bawa balik baby. Aku?

PAUSE

*lap air mata

Hari ketiga aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari INS mengatakan anak ku tiba2 hari ini oksigen dalam badan dia drop dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah bahiyah di unit NICU. Pada masa tu rasa jantung nak luruh nak cakap fon dengan doktor tu pun da tak bole dan aku pass fon pada suami ku dan kami segera ke kecemasan hospital Sultanah bahiyah. Time tu nangis ja non stop. Tunggu baby sampai dari INS dengan membuatkan aku  berfikir macam2 dan suamiku tak putus2 memberi semangat padaku dan pada masa sama dia pun dok nangis. Ya Allah!

PAUSE

*lap air mata

Di NICU baby diberi bantuan oksigen sehinggalah harini 19.12.2013.
Minta semua yang membaca ni dapat mendoakan baby Khalyssa binti Khairul Anam supaya cepat sembuh dan sihat dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya. Amin. Doa dari semua amatlah dihargai.

Saya juga berharap diri ini kuat untuk melalui ujian berat ni dengan sabar dan tabah. Sesungguhnya Dia takkan bagi ujian pada hambaNya yang tak mampu menanggungnya.

*lap2 air mata.

Ya Allah rindunya anakku Khalyssa yang masih lagi di NICU. Ya Allah yg maha penyembuh ku memohon Moga anak mummy cepat sihat cepat sembuh dan kuat. Mummy dan dadday sangat menyayangi sepenuh hati.

*lap air mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo