Anakku Khalyssa binti Khairul Anam

Assalamualaikum..
Lama kan aku tak menulis..yes harini aku kembali dengan gelaran seorang mummy pada Khalyssa binti Khairul Anam. Baby Khalyssa selamat dilahirkan pada 2 Disember 2013 jam 7.30petang di INS Specialist Alor Setar Kedah dengan berat 3.45kg. Disebalik gembiranya menerima ahli baru dalam family, aku dikhabarkan oleh suami yang anak kami ada masalah pada peparunya kerana tertelan najis. Ya Allah sedih nya tapi berlagak cool lagi. Aku serahkan pada doktor untuk buat yang terbaik. Dari hari dia dilahirkan hingga lah harini aku belum pernah pangku,riba dia lagi.

PAUSE

*lap air mata

Sebabya sejak dia lahir,doktor kena pantau keadaan dia dan tak boleh duduk dengan ibu. Aku pasrah. Esoknya aku dah bole discharge tapi anakku kena stay situ. Ya Allah hanya Allah j taw orang lain happy ja bawa balik baby. Aku?

PAUSE

*lap air mata

Hari ketiga aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari INS mengatakan anak ku tiba2 hari ini oksigen dalam badan dia drop dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah bahiyah di unit NICU. Pada masa tu rasa jantung nak luruh nak cakap fon dengan doktor tu pun da tak bole dan aku pass fon pada suami ku dan kami segera ke kecemasan hospital Sultanah bahiyah. Time tu nangis ja non stop. Tunggu baby sampai dari INS dengan membuatkan aku  berfikir macam2 dan suamiku tak putus2 memberi semangat padaku dan pada masa sama dia pun dok nangis. Ya Allah!

PAUSE

*lap air mata

Di NICU baby diberi bantuan oksigen sehinggalah harini 19.12.2013.
Minta semua yang membaca ni dapat mendoakan baby Khalyssa binti Khairul Anam supaya cepat sembuh dan sihat dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya. Amin. Doa dari semua amatlah dihargai.

Saya juga berharap diri ini kuat untuk melalui ujian berat ni dengan sabar dan tabah. Sesungguhnya Dia takkan bagi ujian pada hambaNya yang tak mampu menanggungnya.

*lap2 air mata.

Ya Allah rindunya anakku Khalyssa yang masih lagi di NICU. Ya Allah yg maha penyembuh ku memohon Moga anak mummy cepat sihat cepat sembuh dan kuat. Mummy dan dadday sangat menyayangi sepenuh hati.

*lap air mata

wordless wednesday



18 minggu!!

hai.. lama kan tak update. hehe. biasala tak dek masa free (kekonon). ya la setiap weekday aku ada training pastu weekend pulak balik kampung cari makan. hehe

minggu ni aku dah 18 weeks. baby bump pn belum nampak tapi macam da nampak. uwaa tidak mungkin aku akan gemuk?? wuu wait n see!!

setakat ni belum rasa lagi pun baby kick. tahla maybe baby ada kick tapi aku taktaw yg tu dia nya kick kan. haha.. takpalah nanti bole la kot taw rasa kick or baby movement ni camna kan. sabaq mommy tak lama da. hahaha..

masuk 4 bulan ni da takda alah yg loya2 tu. fully discover! cuma sekarang ni nafsu makan makin menjadi-jadi.. huaa time makan tak sedaq.. sekarang baru nak sedar kan. haha sangat.. takutnya badan naik mendadak nanti susah nak slim balik. kikiki

yang lain tu takda apa da kot. normal la kan banyak angin n perut sebu. baru j makan 5 minit, tiba2 da lapar macam nak pengsan. ayo.. sekarang gigi asyik la tak ok. pasni kena buat appoinment dengan dentist pulak kot. fuhhh!!

haritu masa week 14 aku ada checkup n ada buat ultrasound untuk kali ke3 sebab nak confirm EDD..yang happy nya dapat tengok baby dok senaman pagi..huaaa sangat la excited tengok baby aktif camtu..aduhh tak sabarnya nak tunggu dia kluar ke dunia nih.kih3..

weekend 2 minggu lepas aku n husband g mothercare gurney untuk tengok2. yala kan tengah sale. last2 sempat jugak beli bib, socks n gift set romper tu. bole la sebab ada less 20-60%..

sebenarnya aku ngah blur lagi apa yang aku kena beli lagi. huaaa help!!

tu ja kot nak cakap..doakan aku dan kandungan selamat dan selalu..bye!

Alhamdulillah I'm pregnant!

syukur kepada Allah SWT
rezeki dari ALLAH..tak ku sangka aku n suami bakal mendapat seorang zuriat..
terima kasih untuk semua yang mendoakan aku n suami..aku sangat bersyukur dengan rezeki ini
InsyaAllah berkat doa kalian mudah-mudahan aku dan kandunganku ini selamat sehingga 9 bulan bersalin yer.. Aminn...
doa ku juga mengiringi kawan-kawan yang masih berusaha mendapatkan cahayamata..
bersabar la.. sebaik-baik perancangan dari Allah juga :)
satu pesanan dariku jangan henti2 merintih, meminta,berdoa padaNya..

 
first time buat ultrasound..8week time ni

untuk semua yang tak tahu, period aku ni tak regular..ikut suka hati jerr bila dia nak mai..so aku nya period da lewat banyak minggu da..nak cakap banyak tu memang banyak la sebab last period tengah bulan 2 ni da tengah bulan 4 pun tak muncul2 lagi.tu yang buat tak tahu ja.test pun lambat..hee..

da tu da nak dkat 2bulan tak muncul2 period, aku pun test upt sendiri sebelum subuh hari apa tah da tak ingat..kikiki tak sangka double line..aku pun cakap a kat anam ada double line kat upt tu..hee dia pun relax ja..takda reaksi apa pun..kui3..

malam tu jugak g klinik g cek buat ultrasound n tak sangka da 8 minggu da pun time cek tu..huuu lambat btuii aku taw ada baby dalam perut aii..huu..Alhamdulillah da nampak heartbeat time tu..bestnya tak terkata..syukur syukur syukur..

sekarang Alhamdulillah morning sickness ku da berkurang..tu yang start berblog nih..huu..
actually bukan morning la tapi evening sickness..asal petang ja semua masalah mai..tido je sepanjang masa..tapi yang paling ku syukur, aku takda muntah2 cuma penat letih sakit kepala mual2 je..tapi tu pun sebulan jugak tak bole masak dapur n malas nak buat kerja2 rumah..huuu


goodbye 1st trimester..hai2 2nd trimester..be nice ok..
pasni aku kan aktif berblog balik ya..tapi mostly mestila about my pregnancy ni kan..hehe jangan muak k..hee

ALHAMDULILLAH!!
Semoga anak yang di kandung ini menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah

apalah nasib

huaaaa im still jobless.. my training will start on 15april ok. it's next week.. please bagi aku kerja.. da tak boleh duduk rumah ni. huuuaaa..

sesapa yang ada vacancy di penang sila bagitaw aku.. my highest edu banchelor degree in electronic engineering.. immediately aku akan g berkhidmat tanpa interview lagi bagus. haha

aku da mati keboringan pening lalat da duduk rumah ni.. aaaa kalau ada orang teman ok la gak kan. ni sesorang. waaa pecah kepala..

n one more thing, spa kenapa tak da panggil aku g interview ptd pun. aku nya transkrip yg jpa minta tu tak sampai ka? ka camna. risau la aku camni. ya aku dulu dapat scholar jpa, abih belajar aku kna hntar surat abih blajar n transkrip n apply kerja di spa. aku da buat semua tu ka transkrip tak sampai kat dorang. aku tulis salah alamat ke? uwaa kena call tanya ka duk diam2 merenung nasib jer? hmm

ni gambar lunch aku tadi. sambal belacan fail! hmm tak sedap ok. kalau yg mak aku buat baru terangkat berasap terbaik..

lepas makan lapar lagik lepas makan lapar lagik..hmm
nak period kot rasanya ni..
lagi satu aku nak sangat makan pelam cicah garam belacan..
meleleh air liuq nih teringin nya..
minta kat anam dia taknak beli banyak la alasan..
sekarang dok rumah sesorang..anam ada kerja projek kat rumah membe dia..huhu
aii sedih lah sesorang ni tengok tv ja..huu
k bye..aku lapar!!!!

tribal dress for sale

terhad hingga 430pm esok sahaja
harganya RM45.selepas 430pm esok harga kembali rm55
sesapa berminat sila whatsapp 0125211974 atau emel mektifesyen@gmail.com
material: cotton lycra strectchable
measurement: 137 cm, 56cm , 57cm.. long, shoulder to hand, diameter waist
 
tb05
 tb04 SOLD
 tb03 SOLD
 tb02 SOLD
 
 tb01SOLD
stok sangat limited..so cepat ok!

Mini - Mini Giveaway By NabilaMedan


jom join..klik banner untuk join

pru13

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu. 
-BERNAMA
 ya sekarang demam pru13 kan..baru jer umum tarikh mengundi tadi. aku awal2 dah tercongok depan tv tak sabar2 nak tahu tarikh ngundi nih. kat tangan ni da sedia nak whatsapp husbandku nak cakap bila mengundi..jom tengok whatsapp ku n suami..hew3

 ya untuk pengetahuan semua walaupun tahun ni aku first time boleh mengundi tapi tengok dari perbualan di atas terpaksa niat murni aku nak mengundi terbatal..haha..kena ikut anam balik kelantan..dia mengundi di machang aku di alor setar tapi aku kena g machang..alamatnya hari mengundi aku nganga di rumah je lah..kikiki.ya aku tak merasala nak mengundi..hehehe..nasib badan..korang lak camna?balik kampung kah nanti?
selamat mengundi n orang biasa ni jangan emo sangat ok..jangan dok jadi keyboard warrior ok..tengok macam aku diam saja n undi adalah rahsia..hahaha tapi menangis tak bolek nak mengundi..mihmihmih
bye!!

23 Pesanan Buat Suami

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.  Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

-Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

lunch date @ my home

last saturday my friends wani n aini came to my house. i cooked baked mac n cheese for them. they said it yummy n delicious. hehe

they also made caramel as i want to eat it badly. not badly actually but lightly only. haha

that's all for today
not into the mood to update my little blog..
bye!!



favourite baby

sukanya dengan baby comey ni..baby cousin ku..comey sangat..geram!!!
 
 
  comey kan..nama dia IRINA ZULAYKA..


pemenang 1st Giveaway by LINA'S JOURNEY


harini lah hari yang ditunggu-tunggu kan..yeah pemenang dah ada..yang top referral tu senangla kan..tapi yang random tu pecah kepala nak pilih..ramainya join..last2 aku decide suruh husband aii yang pilih mana yang dia nak pilih ikut sapa yang bertuah..wuu tq semua pada yang join..pada pemenang, sila emel kan ke mektifesyen@gmail.com details berikut ok..last bagi detail hingga 9/4/2013 ok..kalau aii tak dapat details selepas itu kira hadiah pun burn ok..hee kejam kan..kikiki

NAMA:
ALAMAT:
NO FON:
LINK BLOG:

TOP REFERRAL:

RANDOM:

tahniah pada pemenang..pada yang tak menang tak mengapa tak ada rezeki korang..jangan bersedih ok..tunggu nanti aii buat lagi GA kalau rezeki ku murah lagi..hee..terima kasih semua kerana memeriahkan 1st GA yang ku ingat takda sambutan ini..

TAHNIAH!!!!

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

weekend bila tah tak ingat aku dan anam pergi tempat bersejarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok, Kedah. sebenarnya tak plan pun nak pergi sini. sebelum g sini kitorang g tanjung dawai sebab nak jumpa mak saudara anam dari KL yang datang family day di Yan Kedah. dorang stay di chalet kat titi hayun Yan. lepas da jumpa-jumpa dan makan-makan laksa kat tanjung dawai, terus kitorang balik. otw balik tu lah kitorang singgah muzium ni..anam la yang nak sangat pergi. aku taknak sangat pun.adui lakiku jiwa sejarah sangat.hehe
aku copy sikit sejarah muzium ni ya..
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.
Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". 
Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peruntukan kepada Jawatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membuat kajian lanjutan.

sebelah muzium ni ada waterfall.tapi malangnya air kering. sekarang kan kemarau.panas kemain kan. hari-hari pun aku pasang aircond..huhu
muzium arkeologi ni banyak candi. tapi yang aku baca kat situ dorang amik dari tempat lain dan bina semula kat situ..
 yang atas kiri mesin tebu dan kanan lesung batu. hebat orang dulu-dulu fikir..gambar bawah nak ke candi dan candi yang ada


  
bolelah melawat muzium arkeologi.sesekali kena la ambil tahu jugak sejarah peninggalan nih. senang nanti anak cucu tanya ada jugak jawapan nak jawab kan. banyak gak gambar ambil kat sini tapi malas la nak upload. actually kitorang datang ni da lewat petang.tu yang ronda bahagian luar tengok candi ja.sebab muzium da tutup sama macam office hour.


siapa nak pergi sini n berminat nak pergi boleh la email aku tanya jalan nak pegi sini..hua3 merbok ni kampung pak aku ja taw dak.hahaha kuaq dah looghat pure kedah aku..kikiki

ok bye!! 

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY TAMAT


 

ya ya dengan ucapan bismillahirahmanirahim 1st giveaway ini sudah tamat
ditamatkan awal sebab sudah tiada penyertaan

bagi daku sedikit masa untuk mengreview pemenang dan akan diumumkan malam ini atau esok
mungkin ada penambahan pemenang
thank you pada semua yang join
sangat menghargai anda semua..tunggu pemenang diumumkan ok
terima kasih semuaa!
i love you!!hehe

tengoklah tersenarai tak nama korang dan sila blogwalking ke link lain ok

1st Giveaway by LINA'S JOURNEY

LAST DAY.TAMAT HARINI 4/4/2013 5PETANG

 

hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari
klik banner untuk join


 

senarai hadiah:
2 helai A dan 2 helai B
1 hadiah misteri

giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013 4/4/2013 5petang

syarat:
  • Blogger Malaysia
  • follow blog LINA'S JOURNEY dan like fanpage BLOG LINA'S JOURNEY
  • buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • tinggalkan link entry anda di kotak komen
Coding entry:



<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://luvlina.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-linas-journey.html" target="_blank"><img border="0" height="400" src="https://lh4.googleusercontent.com/-z_3rrFmVpAI/UVESjjHcEQI/AAAAAAAABxo/QbQn6ip_nNs/s400/blogger-image-1011637589.jpg" width="400" /></a>&nbsp;</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
hai semua harini aku rasmikan 1st giveaway from LINA'S JOURNEY</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
hadiah menarik akan diberikan. 5 pemenang dicari </div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
klik banner untuk join</div>
<br />
<br />
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<img border="0" height="400" src="https://lh4.googleusercontent.com/-mefDRI5jwF0/UVESf6Kf-VI/AAAAAAAABxg/CtiEWiCX5Rs/s400/blogger-image--2070687587.jpg" width="400" />&nbsp;</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
senarai hadiah:</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
2 helai A dan 2 helai B</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
1 hadiah misteri</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
giveaway berlangsung dari 26/3/2013-16/4/2013</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
syarat:</div>
<ul>
<li>Blogger Malaysia</li>
<li>follow blog <a href="http://luvlina.blogspot.com/" target="_blank">LINA'S JOURNEY</a> dan like fanpage <a href="https://www.facebook.com/linasjourney" target="_blank">BLOG LINA'S JOURNEY </a></li>
<li>buat entry bertajuk "1st Giveaway by LINA'S JOURNEY"&nbsp;</li>
<li>Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.</li>
<li>tinggalkan link entry anda di kotak komen</li>
</ul>
<br />
apa yang penting!<br />
<ul>
<li>&nbsp;pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL</li>
 <li>giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta</li>
<li>peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!</li>
</ul>

apa yang penting!
  •  pemilihan pemenang berdasarkan TOP REFERRAL
  • giveaway ini akan terbatal jika peserta tidak melebihi 50 peserta
  • peserta yang tidak ikut syarat senang diatas, serta merta n automatik BATAL!!

**untuk sapa yang join sila check [SENARAI PESERTA]

header dari tulisangadisbosan

haritu aku blogwalking dan jumpa blog tulisangadisbosan dan tengok hasil tangan dia yang ok la menarik. lepas tengok2 hasil kerja dia selama beberapa hari aku decide nak tempah header dekat dia..

harga dia berbaloi la dengan header yang kita nak. 5 6 kali jugakla dia hantar draft aku tak puas hati sampai semalam yang final header dia bagi baru aku puas hati..dan header baru ni aku da letak dalam blog aku pun..

dan satu lagi yang aku amik servis dia ialah menu tab..ni semua apa yang aku nak..ahaha rasa cam permintaan kanak-kanak pulak..tapi apa aku kisah blog aku..terima ja lah kan.hehe

 
inilah header yang aku amik dari tulisangadisbosan..background transparent..
tulisangadisbosan jugak boleh buat doodle. menarik jugak doodle dia

ni yang da siap letak..semalam aku post entry tanya readers nak yang berbackground ke transparent..ramai nak yang berbackground..kalau yang transparent nampak tergantung katanya..tu yang end up jadinya macam ni..cuma aku ada cari tutorial nak curve kan background tu tapi tak jumpa..ada tak sesapa taw camna nak buat..minta bagi link tutorial di komen ya..minta tolong sangat..kalau ada curve nampak la seni sikit kan..
hah dekat header tu perasan tak button like..silalah like my fanpage ok..huhu..3 menu bar tu pun tulisangadisbosan buat..menarik tak?haha..bagi sapa yang tak baca lagi anam's wrote tu sila lah baca..itu entry yang husband ku tulis ok..heehe..

lastly, thank you adik.akak puas hati n sorry sebab banyak songeh.hehe. macam mana overall ok tak blog ku yang terbaru nih.tunggu la pemes baru kita tempah yang mahal2 dengan sekali template atau overall edit..bila nak pemes taktaw la bila..hehee

The Croods

haritu kan keluarga mentua aku mai kan. hari rabu petang last week dorang sampai dari kelantan..pagi rabu tu baru adik ipar aku message nak mai penang..huaaa tak kelam kabut pun sebab aii da prepare mental fizikal kemas rumah bagai..haha berlagak kan aku.

bila adik ipar aku msg ja nak datang sini terus otak ku bergeliga nak tengok wayang..parents tak yah ikut nanti dorang tidur..taknak layan dah wayang2 ni.. so petang tu aku cakap kat anam jom tengok wayang malam ni. takda aktiviti pun malam tu. anam ok n aku immediately beli tiket guna gsc apps dekat iphone

GI Joe kan tengah baru keluar kan. the croods ni aku tak tahu sangat pun.cuma yang aku taw Yuna nyanyi soundtrack dia. n boleh tahan sedap lagu dia yang soundtrack nih..aku duk kalut nak tengok GI Joe tapi anam nak tengok the croods sebab memikirkan adik dia bawah umur.baru 12 tahun ok.. n end up aku book the croods..nasib memang baik hari nak tengok ni hari rabu dapatla tiket RM7.50 seorang..

the croods start 9.55pm 9.50 kitorang sampai terus duduk n cerita start..the croods memang terbaik.soundtrack pun terbaik..the croods ni satu movie yang berunsur comedy adventure prasejarah.. cerita the croods ni cerita sai satu keluarga pertama di dunia yang boleh survive..

keluarga the croods ni terdiri dari nenek,ayah,mama,anak lelaki dan 2 anak perempuan..mereka memulakan perjalanan hidup mereka apabila gua tempat berteduh mereka dan berlindung dari bahaya iaitu gua telah musnah..

perjalanan hidup merentasi scenery yang sangat menakjubkan, Croods menemui dunia yang luar biasa baru yang dipenuhi dengan makhluk yang hebat dan pandangan mereka berubah selama-lamanya

pastu mereka berjumpa dengan seorang manusia iaitu Guy yang tahu buat api dan mengejar cahaya. Guy ni ada bela sekor monyet.monyet ni suka tolong Guy n monyet ni yang selalu dok buat orang gelak..haha lawak betul..

keseluruhannya memang best n lawak..tak sia2 la tengok cerita ni..n cerita ni sesuai untuk semua..aku bagi 4.9 bintang daripada 5 bintang. Haha boleh pulak ada point2..hee



nasi ayam budu

tadi aku dinner kat luar sebab malas masak eh g shopping barang dapur. alang-alang dah keluar, makan pun kena la kat luar.haha amik kesempatan..nasi ayam budu ni kat area bayan baru sana..

dekat-dekat shunsine n giant sana..hik3 aku nak cakap pun tak berapa nak terer lagi jalan dalam penang nih..dalam gps ada kot.cubala search..

boleh la tahan rasa dia..orang pun ramai dok mai makan sini..tadi aku order nasi ayam biasa.anam lak nasi ayam special..pastu aku nya nasi dengan ayam dalam pinggan sekali..kalau special ayam n nasi duk dalam pinggan asing2..tu ja beza dia

aku dok tanya anam apa yang special nya nasi ayam special ni. dia jawab "ni ayam dok asing dengan nasi..awak nasi ayam biasa dok pinggan sekali"..erk sakit hati dengar jawapan dia..hehe

jomla cuba nasi ayam budu..orang kelantan nya restoran nih..huu

need readers opinion

*end up ku pilih yang berbackgroud..thank you semua yang komen..love uoll 
 hai nak minta tolong semua reader..yang mana lagi better



gambar atas atau bawah yang better..gambar yang berbackground ke yang transparent..
pls drop your comment ok..nak sangat korang nya pandangan cadangan..huhu
komen ya..aku akan guna yang mana ramai vote..huu

yang benar,
insan buntu

Dewan Rakyat Dibubar Hari Ini 3 April 2013

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini Rabu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12  pada Selasa.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum kali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

Pada pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.

Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.

Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baharu dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.

Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.

-- BERNAMA

wordless wednesday


wordless sangat..gambar jer tempek.huhu

cis! suamiku


hah kena prank dengan laki sendiri..dia g tambah yang tanda kehamilan tuh. pastu panggil aku.. ni kenapa tulis camni? huahahah jahat betul!

sehari di bukit bendera

hari khamis haritu time inlaws ada di rumah aii tu, kitorang g bukit bendera.. btw taman rama-rama g jumaat ok..first2 nak g bukit bendera nih boleh lak sampai bukit bendera yang kena hiking tu.bukan yang kena naik train tuh..hah sudah aku tak penah taw nak pegi ikut mana..dulu mai pun keecik2 lagi umur berapa tah..
bukit bendera yang ada train ni terletak di air itam pulau pinang..kalau yang aku salah jalan untuk orang hiking tu sebelah botanical garden..jadi untuk gps dalam kereta memasing sila set air itam ok..jangan macam aku g set bukit bendera tu yang sampai di tempat orang hiking ke bukit bendera tu atau bole naik dengan 4x4..hee

naik train nih

adik ipar perempuan..anis n alya

afif

PIL

bukit bendera

with them

time g bukit bendera ni anam kerja taw..jadinya aii sorang yang bawa dorang ni g sana..aduhai sangat la malu2 kucing..heehe tapi okla bolehla aii bawa diri sendiri..lepas p bukit bendera ni kitorang g plaza gurney shopping2..yuuhhu mak mentua aii beli coach kot..aduhai aku ni telan airliur jah..handbag cantik2 tapi wangnya belum mampu..kahkahkah

hari sabtu time dorang nak balik tu singgah di jeruk madu pak ali ni..yala mak mentua nak beli jeruk nak bawa balik untuk membe2 katanya..huu ramai gak orang kat sini pun..kedai dah la kecik..fyi kedai ni dekat jek dari rumah aku..kat idaman suri tuh..sebelum stesen bas sg nibong nih ja..

p/s: macam biasa gambar kureng kualitinya sebab instagram ja..huhu 

1st April

hai da bulan april kan. sat ja rasa kan3.. aku pun da masuk 3 bulan lebih kahwen.. rasa macam dok dating time zaman belajar dulu-dulu jek. hehe yala belum ada rezeki nak ada baby.. nak buat camna takda rezeki. minta-minta cepatla tuhan bagi. tak sabar ni. hek3..

bulan april ni jugak aku akan start kerja aka training untuk 6 bulan di PSDC bayan lepas ni.. start khamis ni 4 april 9-5pm every weekdays.. sama la macam waktu bekerja orang lain.. maybe blog akan terabai. adus camna nak bagi blog berupdate hari-hari nih..

harap bulan-bulan akan datang memberi kebahagiaan kepada kami berdua suami isteri.. walaupun belum stabil dari semua aspek, Alhamdulillah everything ok without any problems.. aku n anam memang tak sabar nak ada baby pun. buat apa nak plan2 tunggu kewangan stabil ke apa.. bila-bila pun boleh. baby kan ada rezeki sendiri..oooh please bagi tips nak bagi lekat cepat.. hehe aku budak baru belajar nih. hee

april juga merupakan bulan untuk penuhi misi kami dua untuk simpan duit atau kata lain berjimat cermat.. ooh mampukah? kikiki simpanan ni untuk our next vacation tapi not this year ok.. percayalah akan ada rezeki.. amin!

itu jek lah nak cakap untuk bulan april ni. n jangan lupa join my 1st giveaway k. jangan tak join lak. aku baik hati nak bagi hadiah ni. taknak ke? hee

ok bye!

taman rama-rama

haritu holiday nak tahu aku g mana? ya aku g taman rama-rama..haha nak buat camno best apa g taman rama-rama nih..ok untuk tiket masuk sini ialah RM18 ok..mahal rasanya kan..tapi oklah tak penah pergi pun. so why not kita cuba kan3..hehe

jomlah tengok gambar2 yang ada..aku pegi ni sebab family anam ada datang penang haritu..hee memang best dorang ada..terisi sikit masa lapangku..hiks3..
penang butterfly farm
 

 aawww sweetla tu..rama-rama dok mai hinggap lak.haha


cantik kan..berjuta aku rasa rama2 dalam ni

 

 yang atas tu lipan kot n butterfly biru..cantik kan..

adik n abang..lebih kurang je muka

 apa tah yang macam ranting tu..pandai dia berlakon..sebelah tu iguana ka?haha
bawah ni kalajengking yg glow in the dark..hebat kan..Subhanallah!

nampak sebaya kan..kahkahkah..pengsan

 adi ipar..afif

gambar tuan tanah n suami mesti kena ada kan..hehe

aku dok duck face pehal?ish!!

dorang datang 5 orang haritu..yang ni ja yang belum keluar rumah..yang lain tak cuti n sorang da kahwen..sapa tu?suami aii la..haha

pegi butterfly farm nih hari jumaat..dalam plan nak g toy museum sekali tapi PIL taknak lak..adus takdapat jugak aku nak jejak toy museum..huhu..pas g nih kitorang terus g lunch dekat feringgi tu..makanan dia biasa2 ja..maybe aku p salah kedai kot..kan orang dok cakap kedai makan kat feringgi tu sedap..takpalah lain kali g kedai lain lak..rasa cam nak g teluk bahang nak berkelah mandi waterfall nanti..bole eh khairul?hee

sesapa mai penang jadikan la butterfly farm ni salah satu tempat untuk dilawati ok..kihkihkih..best apa g sini siap ada showing pasai nyamuk lagi..hihihi..tak sia-sia sangat pun la 18ringgit tu..okla berbaloi..

ok bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo