Muzium Arkeologi Lembah Bujang

weekend bila tah tak ingat aku dan anam pergi tempat bersejarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok, Kedah. sebenarnya tak plan pun nak pergi sini. sebelum g sini kitorang g tanjung dawai sebab nak jumpa mak saudara anam dari KL yang datang family day di Yan Kedah. dorang stay di chalet kat titi hayun Yan. lepas da jumpa-jumpa dan makan-makan laksa kat tanjung dawai, terus kitorang balik. otw balik tu lah kitorang singgah muzium ni..anam la yang nak sangat pergi. aku taknak sangat pun.adui lakiku jiwa sejarah sangat.hehe
aku copy sikit sejarah muzium ni ya..
Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.
Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". 
Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peruntukan kepada Jawatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membuat kajian lanjutan.

sebelah muzium ni ada waterfall.tapi malangnya air kering. sekarang kan kemarau.panas kemain kan. hari-hari pun aku pasang aircond..huhu
muzium arkeologi ni banyak candi. tapi yang aku baca kat situ dorang amik dari tempat lain dan bina semula kat situ..
 yang atas kiri mesin tebu dan kanan lesung batu. hebat orang dulu-dulu fikir..gambar bawah nak ke candi dan candi yang ada


  
bolelah melawat muzium arkeologi.sesekali kena la ambil tahu jugak sejarah peninggalan nih. senang nanti anak cucu tanya ada jugak jawapan nak jawab kan. banyak gak gambar ambil kat sini tapi malas la nak upload. actually kitorang datang ni da lewat petang.tu yang ronda bahagian luar tengok candi ja.sebab muzium da tutup sama macam office hour.


siapa nak pergi sini n berminat nak pergi boleh la email aku tanya jalan nak pegi sini..hua3 merbok ni kampung pak aku ja taw dak.hahaha kuaq dah looghat pure kedah aku..kikiki

ok bye!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo