Khalyssa 4 month

Hai semuaa.update blog takda cerita lain la of cos la cerita my baby Khalyssa. Bulan April makna nya Khalyssa 4 bulan. Perkembangan Khalyssa so far so good. Tapi berat dia hanya lah 5.8kg. Takpa Khalyssa tak berat tak bermakna tak sihat kan. Janji aktif, sihat dan happy selalu di samping mommy dan daddy.

Perkembangan Khalyssa setakat ni umur dia 4 bulan setengah baru bole meniarap dan now da nak masuk 5 bulan da cuba2 angkat punggung untuk merangkak kan? Ke duduk? Eh mommy pun tak tahu. Biasa la kan first time mommy. Masa first time bole menerap, mommy daddy la paling happy siap tepuk tangan bangga macam dapat anugerah. Haha mommy excited. Best kan tengok achievment dia. Lagi satu kita sebagai parents ni da kena lebih monitor baby ni. Daku time mandi kena keluar 2 3 kali sebab nak tengok dia mana taw time menerap dia tak bole adjust tangan dan kepala kan. But now makin tere dah but still a monitor la. Being a baby memang nak kan attention yang lebih kan. Jangan main fon jer.haha diri sendiri pun selalu leka main fon.kuikuikui

Khalyssa jugak sudah pandai capai benda macam toy dia dan paling laju time kita makan. Pinggan straw semua dia nak sambar. Tapi takpa ini menandakan otak dia berkembang dan development yg sihat kan. Mommy n daddy haruslah bersabar dan tabah.hehe..

Dan disebabkan dia hanyalah fully direct breastfeed,ku decide nk bagi puri buah da untuk Khalyssa. Ok ka mommies out there sebab Khalyssa baru nak masuk 5 bulan. Selalunya kan start 6 bulan kan. Jadi i need your opinion.

Mommy daddy sangat sayang Khalyssa more than everything. Semoga Khalyssa sihat sejahtera dan happy di samping mommy daddy.
Love u baby...
Sila layan gambar Khalyssa menerap ya uoll.
Bye

Cerita my baby

Haii..lama kan tak update sejak last update haritu..alhamdulillah my baby khalyssa dah fully recover dan membesar bagai no 1.hehe.. harini khalyssa dah 81 hari umur dia. Banyak dah perkembangan dia. Dah pandai bersembang,senyum,gelak2 n pandai buat hal.muahaha.. hal apa yg pandai hah bila nk tido malam selagi kita tak tido selagi tu lah dia tak tido. Dah tutup lampu semua baru nak tido. Khalyssa for now fully brestfeed. Susu botol taknak. Rugi duit mommy beli botol mam baru taw. Takpa demimu baby. Mommy harap khalyssa membesar dgn sihat dan menjadi anak solehah.moga selalu membahagiakan mommy n daddy. We Love u khalyssa.

Di sini mommy n daddy khalyssa mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan khalyssa sembuh haritu. Hanya Allah yg dapat membalas jasa semua yg mendoakan khalyssa sembuh. Gembira nya tak terkata bila khalyssa akhirnya sembuh seperti baby lain setelah hampir sebulan di hospital sultanah bahiyah alor setar kedah.

Untuk pengetahuan semua khalyssa dulu disahkan sakit MAS and PPHN di mana mengakibatkan paru2nya susah berkembang. Pada saat dia kritikal,dia bernafas dgn di support dgn bantuan oksigen 100% oleh mesin. Pada saat itu, mommy n daddy hanya berserah pada tuhan. Tapi dgn kekuasaan tuhan yg memberi keajaiban saban hari mesin support bantuan pernafasan khalyssa semakin menurun hingga ke 21% seperti semua manusia lain yg sihat. ku sgt bersyukur dgn Mu.

Now khalyssa dah seperti baby2 lain yg sihat. Macam2 kelatah yg membahagiakan mommy daddy.

Thank you Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo