spaghetti bolognese simple for dinner

hai i'm back..da abih my holiday..harini dah melekat di rumah dan kembali berdua dengan husband hensemku..hehe..untuk giveaway nya senarai peserta aku da update ok..so sesapa yang da join bole la check di sini dan sapa yang belum join my 1st giveaway tu boleh join di sini ok..

sebelum ni aku ada cakap kan aku in holiday mood sebab family in laws ku datang penang..stay kat sini 4 hari 3 malam..lenguh kaki jugak la hari2 berjalan sana sini n join sekaki shopping jugak..hee.entry untuk holiday2 haritu esok2 lah aku update k..

harini nak tunjuk aku n suami nya dinner malam ni..benda paling senang nak buat..aku masak spaghetti bolognese simple tanpa sos prego ok untuk dinner malam ni..yalah sangat senang sebab kuah ni 10 minit ja da siap..hehe..main campak2 je..


mari aku nak gitaw cara n bahan yang simple dan cepat dan pantas ni..

bahan:
*bawang besar
*bawang putih
*mentega
*oregano
*ayam kisar
*sosej
*tomato
*spaghetti
*tomato puree
*tomato n cili sos
*garam

cara:
1. rebus spaghetti hingga masak dan alihkan
2. panaskan mentega
3. tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang diketuk
4. masukkan ayam kisar bersama dengan sosej dan masak hingga air ayam keluar
5. bila air ayam da keluar, masukkan oregano
6. masukkan tomato yang dipotong dadu
7. masukkan 1 sudu besar tomato puree, tomato n cili sos
8. masukkan garam secukup rasa
9. sedia dihidang bersama spaghetti


haha boleh la makan taktaw sedap ke tak..tapi husband aii cakap sedapla.haha..padahal ugut dia..kah3 lawak ja...dia ikhlas taw..hehee

ni buah pelam harum manis..mak mertua aii bawa..thank you so much..sampai sekarang dok asyik makan ni ja..ya la kan buah harum manis ni kan dah la mahal susah nak dapat pulak tu..terima kacih..

itu ja nak tunjuk apa aku makan malam ni..haha jom tengok bintang mencari bintang jom..layan je lah walaupun kurang kick

ok bye!!

Segmen Blogger Muslimah


Saya nak warna untuk baju hijau muda dan tudung kuning muda serta nickname lina's journey di doodle...
untuk join klik banner..
saya tag

TAMAT

Attention!

Im in holiday mood..will update senarai peserta on sunday night or monday ok..mana yang blum ada nama tu sabar ya...see u soon!

updating now. live sangat

**Ayo harini baru publish..kejadian ni semalam petang ok..ter draft dan tak terpublish semalam..besala update guna ipon ja

sekarang aku di coffee bean quensbay nih.. tunggu anam amik.. mai sini sebab shopping barang dapur ckit. family in law nak datang

shopping sorang2 ni. tengok2 da 2 beg beli. berat nya aduh over pulak membeli sebab takda orang nak tolong hey2 jangan beli iaitu sapa lagi kalau bukan husband kacak kku. hehe

tengah2 panas ni ofkosla aii pekena ice blended double choc mocha. terbaik u!

oooh btw untuk senarai peserta nanti free aku update k. tak sempat harini. busy sikit dari pagi. untuk yang blum join sila join sekarang k. hadiah menarik..
oklah anam da mai jemput
bye!!





PEREMPUAN BAHASA TERBALIK, LELAKI DENGAR MACAM PELIK



Satu petang, Si suami yang baru pulang dari kerja, ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai je lah”. Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulaipun ada lagi tu. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu”. Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan.

Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju dan membelitkan tudung di kepalanya di hadapan cermin di dalam bilik tidurnya. Sambil menunggu isterinya, dia mencapai surat khabar yang dibawa daripada pejabat tadi. Suaminya faham sangat. Kalau mulut isteri membantah tetapi nampak bergegas menukar baju, maknanya dia setujulah tu.

Setiba di gerai “char kue teow” yang biasa mereka singgah, adik di gerai tu menghampiri mereka dan bertanya, “Pak Cik nak makan apa?”. Pantas suaminya menjawab, “Char kue teow”. Ditegur isterinya, “Ish Abang ni, mintalah yang lain pula, mee ke, bihun ke. Kan dulu dah makan char kue teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah je fikir-fikir, Abang tengah lapar, nak makan char kue teow le, Awak nak yang lain, pesan je la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sop untuk dirinya.

Sedang mereka menjamu selera, isterinya memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kue teow itu, suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kue teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak”. Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham je”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana Abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”.

Suara masing-masing mula meninggi. Isteri merasakan suasana romantik yang dia mula kecapi seawal suaminya mengajak makan di gerai tadi telah hancur berkecai apabila suami tidak memahami kehendaknya malam itu. Bagi Sisuami pula, asalnya tadi keluar makan di luar untuk membantu isteri merehatkan badannya supaya tidak susah-susah memasak di rumah dan dengan harapan malam nanti dapatlah hadiah istemewa daripada isterinya. Tetapi sekarang, telah bertukar menjadi medan peperangan dingin dengan isterinya di meja char kue teow pula. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

Kebiasaan wanita, apabila mereka berkomunikasi, mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan ScienceDaily (Jan. 21, 2005) berjudul “Intelligence In Men And Women Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang memang telah diprogramkan memiliki lebih “white matter” yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara dengan yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa-tidak terus’ ini.

Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk mengelakkan konfrantasi secara terbuka, bersopan santun dan berbudi bahasa. Wanita memang suka menggunakan proses komunikasi cara ini untuk menyampaikan mesej terutama sekali kepada orang yang dia sayangi. Bagi mereka, jika orang yang dia sayangi ini memahami apa yang dia ungkapkan dengan tepat, maka orang itu dilabelkan sebagai seorang yang romantik.

Sebagai contoh kalau mereka berdua sedang menaiki kereta dalam perjalanan yang jauh dan isterinya berasa lapar. Pada masa itu mereka sedang melalui deretan kedai-kedai makan. Terdapat beberapa ungkapan yang tidak terus yang wanita gunakan untuk memberitahu suami yang mereka lapar. Mereka tidak sanggup mengungkapkan perkataan, “Abang saya lapar, berhenti di kedai makan depan itu sekarang”. Mereka akan menggunakan bahasa tidak terus seperti berikut, “Abang tak lapar ke?”. Atau, “Dulu kita pernah makan di kedai depan tu kan, sedap masakannya”. Atau, “Tomyam kedai di depan tu sedapkan Abang”. Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang kebanyakan lelaki tidak faham. Maka suami yang romantik ialah apabila sahaja dia mendengar isyarat ini, dia telah tahu bahawa isterinya sedang lapar dan mahu makan. Tanpa bersoaljawab, dia terus sahaja membelokkan keretanya ke halaman deretan kedai makan dan mencari pakir yang dekat dengan restoren yang dia sebut tadi.

Namun kebanyakan lelaki tidak faham dengan bahasa-tidak-terus ini. Minda lelaki yang memiliki lebih sepuluh kali “grey matter” daripada wanita yang tugasnya hanya memproses maklumat, kurang dapat mengaitkan ungkapan atau ayat-ayat yang berlapik-lapik ini. Kefahamannya hanya bergantung kepada apa yang diucapkan. Dia tidak pandai untuk mentafsirkan apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. Oleh itu, jika isterinya beri isyarat. “Abang tak lapar ke?”, Dia akan jawab, “Tak lapar” dan meneruskan pemanduannya. Kecewalah isteri ini dan suaminya ini akan dicopkan sebagai tidak romantik.

Berbalik kita kepada kisah yang mula-mula saya paparkan itu. Apabila isteri bertanyakan kepada suaminya, “Sedap ke char kue teow tu bang?”. Ini bermaksud, “Abang, saya nak rasa sikit char kue teow tu”. Dan sebaik-baiknya, tanpa soal jawab, suaminya itu terus menukar piring char kue teownya dengan mangkuk bihun sop isterinya. Selepas minum separuh, suami itu juga menukarkan gelas minuman milo aisnya dengan minum isterinya. Suami yang berbuat demikian dicopkan sebagai seorang yang romantik. Dia bukan hanya dipuji kerana memahami kehendak isterinya, malah isteri juga puas kerana dapat merasai dua jenis makanan dan minuman pada malam itu dengan harga yang dibayar oleh seorang mengikut perkiraan wanita.

Berikut saya paparkan sedikit daripada ungkapan bahasa-bahasa-tidak-terus yang boleh dijadikan panduan kepada suami jika dia terdengar isterinya.

1. Bila suami mengajak isterinya pergi ke sesuatu tempat dan isterinya menjawab, “Tengoklah”. Besar kemungkinan maksudnya dia tidak mahu pergi.
2. Bila suami isteri sedang berbincang untuk membeli atau memberikan sesuatu kepada isteri, tetapi dalam perbincangan itu timbul pelbagai masalah hingga isterinya seolah-olah mengalah, “Saya tak kisah”. Sebenarnya apa yang dia maksudkan itu ialah dia kisah dan mahu juga benda itu.
3. Bila suami pulang dari kerja dan sesampai di pintu, isterinya menegur suaminya, “Abang letih eh”. Bagi suami yang tidak faham, pasti akan menjawab apa yang dia rasai seperti, “Aa, letih”. Maka kecewalah isterinya itu kerana maksud sebenar ialah dia hendak mengajak suaminya keluar masa itu juga.

Mengapa orang lelaki tidak faham bahasa perempuan ini ialah kerana kebiasaannya orang lelaki berkomunikasi menggunakan ayat yang pendek, terus, tepat kepada maksudnya dan penuh dengan fakta. Lelaki dengan watak kepimpinan dan penguasaan sering menggunakan komunikasi ini untuk mendapatkan kuasa dan sokongan daripada orang lain. Di dalam perniagaan, cara komunikasi sebegini amat sesuai untuk membuat keputusan dan keberkesanan perundingan dengan cepat. Tetapi kalau cara ini digunakan untuk berkomunikasi dengan orang perempuan, ia dilihat sebagai kurang sopan dan tidak beradab.

Oleh itu nasihat saya kepada suami yang ingin memahami bahasa terbalik isterinya ialah,

1. Bila isterinya bersuara, cuba dengar betul-betul ungkapannya dan lihat juga air muka serta pandangan matanya. Pasti kita boleh memahami maksudnya sama ada terus atau terbalik melalui tonasi dan bahasa badannya.
2. Kalau suami masih merasai tidak faham maksudnya, cepatlah bertanya secara terus terang, “Apa maksud awak tadi?”.
3. Bila suami telah memahaminya, maka simpanlah ilmu dan kemahiran ini untuk digunapakai masa depan apabila diucapkan oleh isterinya nanti. Pastinya suami ini dilebelkan sebagai lelaki yang paling romantik.
4. Terimalah cara bahasa terbalik yang amat memeningkan kepala ini sebagai tanda isteri masih sayang kepada kita. Kebiasaannya, isteri tidak menggunakan kaedah ini kepada sesiapa sahaja yang dia tidak kenal melainkan kepada orang yang dia sayangi dan teman sejenisnya
Kepada isteri pula,
1. Sebelum anda menggunakan bahasa berbahasa ini kepada suami, sila lihat dulu keadaan suami anda. Jika dia dalam keadaan serius atau kelihatan letih atau mengalami stres, jangan gunakan lagi pendekatan ini. Dibimbangi, ketidakfahamannya nanti boleh menyebabkan jiwa panas barannya mengganas.
2. Kalau keadaan suami kelihatan ceria dan bersedia untuk bergurau senda, bolehlah anda bermanja-manja menggunakan bahasa terbalik berpusing-pusing ini untuk menagih kehendak dan keperluan anda. Kalau dia tidak faham juga, anda hendaklah dengan suara manja menerangkan maksud sebenar. Jangan mengharapkan dia faham sendiri kalau dia kelihatan tidak faham. Nanti anda juga yang kecewa.

Renung dan fikir kembali situasi ini dalam kehidupan rumahtangga kita seharian.InsyaAllah,yang mana kurang boleh diperbaiki. Fahami pasangan dan hargai mereka. Jika anda mengharapkan kesempurnaan,anda akan jumpa banyak kelemahan pada dirinya. Tetapi jika anda merima kekurangan seadanya, ada sedang membina kesempurnaan di mata pasangan anda. Selamat Mencuba ^_^

Sharing is caring ~ Suami Isteri Bahagia


khairul anam alert ya..hehe

cousin's wedding

haritu weekend aku ada cakap kan aku ke kl jumaat petang tu..yalah petang pas anam abih keja terus kami g rnr juru sebab parents aii tunggu situ ja..malas nak masuk penang..btw kitorang g satu keta n park keta aii di rnr ja..Alhamdulillah selamat.hehe sehari semalam ja tinggal situ..risau gak sebenarnya..pfft..

wedding ni hari sabtu. sampai ja jumaat kitorang g setia alam tido umah kakak pada pengantin nih.. sampai sana pun da pukul 11.30 malam..nasib baik dorang tak tido lagi n duk tunggu kedatangan kami berempat.hehe

wedding ni kat banting..reception yang sebelah lelaki..haritu aii ada blog yang wedding dia di alor setar kan.so inilah hari sambut menantu..btw pengantin perempuan ni nama nya anum n husband dia shahrin..

untuk harini aku bidan terjun jadi pengapit..alah tak ksah lah..pegang payung, kipas pengantin sedia tisu..itu je lah kerja pengapit..senang ja takda susah mana pun so aii pun ok la bila anum suruh aii jadi pengapit..hehe
pengapit bidan terjun..haha
berarak ke rumah pengantin lelaki

us..adik ku penyibuk di situ..ish3
pengantins


pengantins with kakak pengantin perempuan
cousins n makcik
the familia..yang lain dok sibuk makan da

so sorry ya yang atas ni kualiti gambar kureng sebab dari instagram jek..jom tengok gambar dari dslr lak..hee

me in poplook..hee

me with the bride





ooooh meriah sangat dengan kompang bagai n lagu-lagu yang taktaw best ke tak..yang aku taw diorang pasang volume yang paling tinggi..haha layan ja

makanan best, yalah rombongan pengantin kan ofcosla dapat makan makanan special jer..ikan udang ayam masak cili api yang aku suka sekali..n ada gak rendang daging pun best orang cakap..

yang paling layan ada rojak buah n macam2 jenis dessert..kek dia bole tahan sedap n cantik2 decoration nya..congrats again anum n shahrin..cepat2 dapat baby..n aku pun cepat2 nak baby..hehe oopss

k bye!!

Kegemaran sekarang

Sekarang ni husband n wife ni g ja makan mesti nak order kerabu pelam..kerabu pelam kerabu mangga sama la..huu
Yang start ketagih ni bila makan kerabu ni kat wangsa maju..kat situ paling sedap yang pernah aku makan..
Aku memang suka masam pun sejak kecik lagi..bukan sebab aku pregnant ya..haha asal aku upload j ada la yang tanya..padahal tak pun..tapi tipu la kan kalau cakap tak berharap..mestila nak kan..hee poyo..yala sebab aku p upload gambar mangga cicah garam belacah...wahhh melelh air liur ku..huu
Balik ke kegemaran aku tadi kerabu pelam haritu ahad aku ada g makan di hammer bay..boleh la tahan cuma tak pedas..biasala hantu pedas..kalau tak rasa pedas tu rasa tak puas ja..ish3 anam pun duk marah ja aii asyik makan pedas..haha nak buat camna kegemaran ok..
Aku juga suka tomyam, sup yg diperah asam limau, dan laksa..ooo btw harini aku nak buat laksa penang pulak..hahah tunggu hasilnya k..ook lah tu j nak bebel pagi2 buta ni.. japg aku review pasai wedding cousin ku di banting k.. dan jangan lupa join my 1st giveaway tu..hadiah pun sangat menarik taw..
 

 
hadaplah gambar ni pagi2..sakit perut tengok..haha
bye!!

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci


Syarat-syarat:-

  • Buat 1 entry bertajuk "1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci" dan backlinkkan entry tersebut disini.
  • Copy Banner di atas dan letakkan di entry korang
  • Follow Blog cci dan Fan Page cci 
  • Mencari 10 orang pemenang + 10 org pemenang= 20 Orang
  • Pemenang akan dipilih secara random dan pandai membodek cci :P
Hadiah-Hadiah:-

1x Note Pad Book
2x Set Button Badges
10x Bookmark
5x Greeting Card
2x Watermark
2x Header

Tarikh Mula:- 25hb March, 2013
Tarikh Tamat:- 07hb April, 2013
Masa:- 11.00mlm

TAMAT

minta2 saya menang..

thanks to all my honorable guests

yes! thank you all my honorable guests who came on my reception day.. you make my wedding as same as i were dream.

ewah speaking london pulak..berbelit lidah aku..hehe..ya entry aku up kan sebab nak say thank you pada semua tetamu yang hadir masa majliskahwen aku di alor setar..families, friends, relatives and all thank you so much..without you all mesti majlis aku tak meriah n the bomb..hehe

aku akan masukkan gambar semua tetamu yang hadir dan sangat lah banyak.jadi amaran kat sini..gambar sangat banyak.siapa malas nak tengok boleh la close awal2 ok..jadi tanpa melengah lengah kan masa lagi kita menjemput eh mempersembahkan eh menempek gambar tetamu yang awesome itu..

my best friend..wani n mas
membe anam time usm ni..kimi n matmin
my friend dari asma..fatin,hanis,akmarina,halimah,amalina,amalia,alida
yang lelaki ni membe anam time mrsm..sanggup mai sesorang..terpaksa wani mas teman amik gambar..haha
cousinku..abang kerun n family
cousinku..wani n mira
membe anam di usm..zul,izham,yus
cousins n makcik ku
cousin..am n family
membe anam..sep machang..haha
classmateku..adam,paan,skin,g,amir,raj,anuar,jeon
family n mak sis in law aii
membe anam time di usm
irwan..membe anam di motorola
classmateku di usm..happening sangat
kawan anam n family..kawan kerja motorola
membeku kamcingku time asma
offiecemates anam
membe anam..saiful n isteri
classmate time matrik
ni cousin2 ku yang happening penceria majlis ku..
hah ni lah semua2 tetamu yang hadir..yang sempat photographer amik gambar..dah tak ingat ada lagi ka yang aku tertinggal..thanks semua yang mai dan yang bagi hadiah..ada lagi tu hadiah yang tak guna..haha..love u all much!!

photobook RM10, bole join lucky draw

*sticky post

haii..aku memang suka beli photobook ni..asal ada promo kat groupon tu aku pun teruja..tapi yang murah la..setakat ni aku ada 2 photobook gambar tunang ku..untuk kawen, nikah, n honeymoon belum ada.. so dengan promo ni aku ada beli deal ni yang harga RM10 ja..

aku belum cakap dengan anam nih aku beli.. tapi mesti dia ok sebab RM10 ja..haha tapi photobook ni bukan hardcover tapi cover ala2 magazine atau majalah mangga ke urtv tuh..


dia ada 2 pilihan size ya..satu size 10'x8' potrait RM10 n 8.5'x12' landscape RM15..ok mana nak dapat murah camni kan..free shipping pulak..so sesapa nak beli sila ke pixajoy..buat ni memang berbaloi kan daripada korang nak simpan softcopy tu tak menjamin pun kekal selamanya..sekali terkena virus ke apa hilang gambar korang nanti

hah selain tu, dorang ada buat contest taw..mana taw dapat menang hadiah2 dia yang menarik tuh..ada ipad mini ke, note 2 ke, iphone 5 ke..best taw hadiah dia..

so jangan tunggu lagi..cepat2 la beli ya sebelum lambat..deal ni valid 1 March sehingga 30 April 2013 sahaja k..jom beli n join lucky draw di sini pixajoy.
selamat berlucky draw sambil berjimat.

review nikah outfit putihku

mesti semua dah tahu baju nikah aku warna putih tu kan sebab dah berlambak aku upload kan..actually baju ni simple ja pun..takdala grand macam orang lain pun..tapi aku suka ja..

kain lace ni anam yang bagi time tunang..bukan french lace ya..lace yang biasa2 saja..aku yang pilih..ntah la tak suka sangat lace yang lain2 ada di kedai tu..end up aku pilih lace ni yang semeter hanyalah RM50 semeter.. ooh sekali kain satin pun beli sekali dengan baju melayu anam..murah jugak kain satin tu pun..

kedai aku beli lace ni dekat penang..jalan campbell..tak ingat da nama pa..tapi murah la..





 
the details

baju hanya tempah dekat tailor di alor setar..bukan tailor famous pun..yang details2 ni just upah di facebook pearlnity..aii pos ja kat dia n cakap bajet n design yang nak..harga ikut kita nak berapa..sebelum nikah dia pos balik..simple kan..takpalah janji da selamat menikah pun..

shawl plain ni aku beli di jalan TAR 4ringgit n veil ni aku beli online without details.shawl half moon sebenarnya buat jadi veil..beads veil semua ni aku hantar sekali upah baju..baru matching kan..macam mana pun aku puas hati dengan outfit nikah ku ni..

kalau sesapa nak sewa boleh la..aku bagi harga murah2 ja..hehe

ps:yeyeyeey petang ni g kl..nanti parents aii mai amik..eh ofcos husband g sekalik.

bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo