kedekut

ok harini aku nak cakap sai kedekut sebab ada stress ngan org yang sangat berkira ni. kedekut ni ada banyak aspek. kedekut dalam membazir it's ok. tapi bagaimana yang kedekut dalam semua hal. huihh tensen ok dengan orang yang kedekut ni.ya Allah. sembahyang kuat tapi hati cam batu. kedekut tak yah cakap la. weii nak simpan harta2 duit2 tuh masuk kubur ke? alah setakat belanja sikit2 tak sampai rm100 tu jangan kedekut sangat la. nanti Allah tarik balik rezeki yang dia bagi. ada ustaz2 pun bagi ceramah tentang kedekut nih. haih dia pun bole dengar la. bila kita cakap tak baik kedeku, dosa kalo kedekut, eh dia menentang n cakap tak dosa kalau kedekut. hey please, u tunggang terbalik sembahyang tapi hati keras, nak sedekah pn berat.. camna hidup nak diredhai. eh common la belanja sikit, dapat masuk balik rezekki tu berkali2 ganda tau! so please berubah ok.

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud:

“Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.”
Tabiat kedekut berpunca daripada sikap terlalu sayangkan harta. Ia boleh menyebabkan manusia lalai daripada mengingati Allah dan mengerjakan ibadat, sebaliknya memalingkan muka hati kepada dunia semata-mata. 
Firman Allah, maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan sesiapa berbuat demikian, maka mereka adalah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun ayat 9)
 source:here 
renung2 kan dan selamat beramal. dari ustazah lina. hehehe 

2 comments:

Anonymous said...

aku pun menyampah dengan orang kedekut nih...
bila tah diorang nk sedar diri

Unknown said...

lumrah alam. manusia susah nk berubah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo