cis! suamiku


hah kena prank dengan laki sendiri..dia g tambah yang tanda kehamilan tuh. pastu panggil aku.. ni kenapa tulis camni? huahahah jahat betul!

sehari di bukit bendera

hari khamis haritu time inlaws ada di rumah aii tu, kitorang g bukit bendera.. btw taman rama-rama g jumaat ok..first2 nak g bukit bendera nih boleh lak sampai bukit bendera yang kena hiking tu.bukan yang kena naik train tuh..hah sudah aku tak penah taw nak pegi ikut mana..dulu mai pun keecik2 lagi umur berapa tah..
bukit bendera yang ada train ni terletak di air itam pulau pinang..kalau yang aku salah jalan untuk orang hiking tu sebelah botanical garden..jadi untuk gps dalam kereta memasing sila set air itam ok..jangan macam aku g set bukit bendera tu yang sampai di tempat orang hiking ke bukit bendera tu atau bole naik dengan 4x4..hee

naik train nih

adik ipar perempuan..anis n alya

afif

PIL

bukit bendera

with them

time g bukit bendera ni anam kerja taw..jadinya aii sorang yang bawa dorang ni g sana..aduhai sangat la malu2 kucing..heehe tapi okla bolehla aii bawa diri sendiri..lepas p bukit bendera ni kitorang g plaza gurney shopping2..yuuhhu mak mentua aii beli coach kot..aduhai aku ni telan airliur jah..handbag cantik2 tapi wangnya belum mampu..kahkahkah

hari sabtu time dorang nak balik tu singgah di jeruk madu pak ali ni..yala mak mentua nak beli jeruk nak bawa balik untuk membe2 katanya..huu ramai gak orang kat sini pun..kedai dah la kecik..fyi kedai ni dekat jek dari rumah aku..kat idaman suri tuh..sebelum stesen bas sg nibong nih ja..

p/s: macam biasa gambar kureng kualitinya sebab instagram ja..huhu 

1st April

hai da bulan april kan. sat ja rasa kan3.. aku pun da masuk 3 bulan lebih kahwen.. rasa macam dok dating time zaman belajar dulu-dulu jek. hehe yala belum ada rezeki nak ada baby.. nak buat camna takda rezeki. minta-minta cepatla tuhan bagi. tak sabar ni. hek3..

bulan april ni jugak aku akan start kerja aka training untuk 6 bulan di PSDC bayan lepas ni.. start khamis ni 4 april 9-5pm every weekdays.. sama la macam waktu bekerja orang lain.. maybe blog akan terabai. adus camna nak bagi blog berupdate hari-hari nih..

harap bulan-bulan akan datang memberi kebahagiaan kepada kami berdua suami isteri.. walaupun belum stabil dari semua aspek, Alhamdulillah everything ok without any problems.. aku n anam memang tak sabar nak ada baby pun. buat apa nak plan2 tunggu kewangan stabil ke apa.. bila-bila pun boleh. baby kan ada rezeki sendiri..oooh please bagi tips nak bagi lekat cepat.. hehe aku budak baru belajar nih. hee

april juga merupakan bulan untuk penuhi misi kami dua untuk simpan duit atau kata lain berjimat cermat.. ooh mampukah? kikiki simpanan ni untuk our next vacation tapi not this year ok.. percayalah akan ada rezeki.. amin!

itu jek lah nak cakap untuk bulan april ni. n jangan lupa join my 1st giveaway k. jangan tak join lak. aku baik hati nak bagi hadiah ni. taknak ke? hee

ok bye!

taman rama-rama

haritu holiday nak tahu aku g mana? ya aku g taman rama-rama..haha nak buat camno best apa g taman rama-rama nih..ok untuk tiket masuk sini ialah RM18 ok..mahal rasanya kan..tapi oklah tak penah pergi pun. so why not kita cuba kan3..hehe

jomlah tengok gambar2 yang ada..aku pegi ni sebab family anam ada datang penang haritu..hee memang best dorang ada..terisi sikit masa lapangku..hiks3..
penang butterfly farm
 

 aawww sweetla tu..rama-rama dok mai hinggap lak.haha


cantik kan..berjuta aku rasa rama2 dalam ni

 

 yang atas tu lipan kot n butterfly biru..cantik kan..

adik n abang..lebih kurang je muka

 apa tah yang macam ranting tu..pandai dia berlakon..sebelah tu iguana ka?haha
bawah ni kalajengking yg glow in the dark..hebat kan..Subhanallah!

nampak sebaya kan..kahkahkah..pengsan

 adi ipar..afif

gambar tuan tanah n suami mesti kena ada kan..hehe

aku dok duck face pehal?ish!!

dorang datang 5 orang haritu..yang ni ja yang belum keluar rumah..yang lain tak cuti n sorang da kahwen..sapa tu?suami aii la..haha

pegi butterfly farm nih hari jumaat..dalam plan nak g toy museum sekali tapi PIL taknak lak..adus takdapat jugak aku nak jejak toy museum..huhu..pas g nih kitorang terus g lunch dekat feringgi tu..makanan dia biasa2 ja..maybe aku p salah kedai kot..kan orang dok cakap kedai makan kat feringgi tu sedap..takpalah lain kali g kedai lain lak..rasa cam nak g teluk bahang nak berkelah mandi waterfall nanti..bole eh khairul?hee

sesapa mai penang jadikan la butterfly farm ni salah satu tempat untuk dilawati ok..kihkihkih..best apa g sini siap ada showing pasai nyamuk lagi..hihihi..tak sia-sia sangat pun la 18ringgit tu..okla berbaloi..

ok bye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo