Cerita my baby

Haii..lama kan tak update sejak last update haritu..alhamdulillah my baby khalyssa dah fully recover dan membesar bagai no 1.hehe.. harini khalyssa dah 81 hari umur dia. Banyak dah perkembangan dia. Dah pandai bersembang,senyum,gelak2 n pandai buat hal.muahaha.. hal apa yg pandai hah bila nk tido malam selagi kita tak tido selagi tu lah dia tak tido. Dah tutup lampu semua baru nak tido. Khalyssa for now fully brestfeed. Susu botol taknak. Rugi duit mommy beli botol mam baru taw. Takpa demimu baby. Mommy harap khalyssa membesar dgn sihat dan menjadi anak solehah.moga selalu membahagiakan mommy n daddy. We Love u khalyssa.

Di sini mommy n daddy khalyssa mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan khalyssa sembuh haritu. Hanya Allah yg dapat membalas jasa semua yg mendoakan khalyssa sembuh. Gembira nya tak terkata bila khalyssa akhirnya sembuh seperti baby lain setelah hampir sebulan di hospital sultanah bahiyah alor setar kedah.

Untuk pengetahuan semua khalyssa dulu disahkan sakit MAS and PPHN di mana mengakibatkan paru2nya susah berkembang. Pada saat dia kritikal,dia bernafas dgn di support dgn bantuan oksigen 100% oleh mesin. Pada saat itu, mommy n daddy hanya berserah pada tuhan. Tapi dgn kekuasaan tuhan yg memberi keajaiban saban hari mesin support bantuan pernafasan khalyssa semakin menurun hingga ke 21% seperti semua manusia lain yg sihat. ku sgt bersyukur dgn Mu.

Now khalyssa dah seperti baby2 lain yg sihat. Macam2 kelatah yg membahagiakan mommy daddy.

Thank you Allah.

Anakku Khalyssa binti Khairul Anam

Assalamualaikum..
Lama kan aku tak menulis..yes harini aku kembali dengan gelaran seorang mummy pada Khalyssa binti Khairul Anam. Baby Khalyssa selamat dilahirkan pada 2 Disember 2013 jam 7.30petang di INS Specialist Alor Setar Kedah dengan berat 3.45kg. Disebalik gembiranya menerima ahli baru dalam family, aku dikhabarkan oleh suami yang anak kami ada masalah pada peparunya kerana tertelan najis. Ya Allah sedih nya tapi berlagak cool lagi. Aku serahkan pada doktor untuk buat yang terbaik. Dari hari dia dilahirkan hingga lah harini aku belum pernah pangku,riba dia lagi.

PAUSE

*lap air mata

Sebabya sejak dia lahir,doktor kena pantau keadaan dia dan tak boleh duduk dengan ibu. Aku pasrah. Esoknya aku dah bole discharge tapi anakku kena stay situ. Ya Allah hanya Allah j taw orang lain happy ja bawa balik baby. Aku?

PAUSE

*lap air mata

Hari ketiga aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari INS mengatakan anak ku tiba2 hari ini oksigen dalam badan dia drop dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah bahiyah di unit NICU. Pada masa tu rasa jantung nak luruh nak cakap fon dengan doktor tu pun da tak bole dan aku pass fon pada suami ku dan kami segera ke kecemasan hospital Sultanah bahiyah. Time tu nangis ja non stop. Tunggu baby sampai dari INS dengan membuatkan aku  berfikir macam2 dan suamiku tak putus2 memberi semangat padaku dan pada masa sama dia pun dok nangis. Ya Allah!

PAUSE

*lap air mata

Di NICU baby diberi bantuan oksigen sehinggalah harini 19.12.2013.
Minta semua yang membaca ni dapat mendoakan baby Khalyssa binti Khairul Anam supaya cepat sembuh dan sihat dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya. Amin. Doa dari semua amatlah dihargai.

Saya juga berharap diri ini kuat untuk melalui ujian berat ni dengan sabar dan tabah. Sesungguhnya Dia takkan bagi ujian pada hambaNya yang tak mampu menanggungnya.

*lap2 air mata.

Ya Allah rindunya anakku Khalyssa yang masih lagi di NICU. Ya Allah yg maha penyembuh ku memohon Moga anak mummy cepat sihat cepat sembuh dan kuat. Mummy dan dadday sangat menyayangi sepenuh hati.

*lap air mata

wordless wednesday



18 minggu!!

hai.. lama kan tak update. hehe. biasala tak dek masa free (kekonon). ya la setiap weekday aku ada training pastu weekend pulak balik kampung cari makan. hehe

minggu ni aku dah 18 weeks. baby bump pn belum nampak tapi macam da nampak. uwaa tidak mungkin aku akan gemuk?? wuu wait n see!!

setakat ni belum rasa lagi pun baby kick. tahla maybe baby ada kick tapi aku taktaw yg tu dia nya kick kan. haha.. takpalah nanti bole la kot taw rasa kick or baby movement ni camna kan. sabaq mommy tak lama da. hahaha..

masuk 4 bulan ni da takda alah yg loya2 tu. fully discover! cuma sekarang ni nafsu makan makin menjadi-jadi.. huaa time makan tak sedaq.. sekarang baru nak sedar kan. haha sangat.. takutnya badan naik mendadak nanti susah nak slim balik. kikiki

yang lain tu takda apa da kot. normal la kan banyak angin n perut sebu. baru j makan 5 minit, tiba2 da lapar macam nak pengsan. ayo.. sekarang gigi asyik la tak ok. pasni kena buat appoinment dengan dentist pulak kot. fuhhh!!

haritu masa week 14 aku ada checkup n ada buat ultrasound untuk kali ke3 sebab nak confirm EDD..yang happy nya dapat tengok baby dok senaman pagi..huaaa sangat la excited tengok baby aktif camtu..aduhh tak sabarnya nak tunggu dia kluar ke dunia nih.kih3..

weekend 2 minggu lepas aku n husband g mothercare gurney untuk tengok2. yala kan tengah sale. last2 sempat jugak beli bib, socks n gift set romper tu. bole la sebab ada less 20-60%..

sebenarnya aku ngah blur lagi apa yang aku kena beli lagi. huaaa help!!

tu ja kot nak cakap..doakan aku dan kandungan selamat dan selalu..bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo