Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

pru13

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu. 
-BERNAMA
 ya sekarang demam pru13 kan..baru jer umum tarikh mengundi tadi. aku awal2 dah tercongok depan tv tak sabar2 nak tahu tarikh ngundi nih. kat tangan ni da sedia nak whatsapp husbandku nak cakap bila mengundi..jom tengok whatsapp ku n suami..hew3

 ya untuk pengetahuan semua walaupun tahun ni aku first time boleh mengundi tapi tengok dari perbualan di atas terpaksa niat murni aku nak mengundi terbatal..haha..kena ikut anam balik kelantan..dia mengundi di machang aku di alor setar tapi aku kena g machang..alamatnya hari mengundi aku nganga di rumah je lah..kikiki.ya aku tak merasala nak mengundi..hehehe..nasib badan..korang lak camna?balik kampung kah nanti?
selamat mengundi n orang biasa ni jangan emo sangat ok..jangan dok jadi keyboard warrior ok..tengok macam aku diam saja n undi adalah rahsia..hahaha tapi menangis tak bolek nak mengundi..mihmihmih
bye!!

favourite baby

sukanya dengan baby comey ni..baby cousin ku..comey sangat..geram!!!
 
 
  comey kan..nama dia IRINA ZULAYKA..


need readers opinion

*end up ku pilih yang berbackgroud..thank you semua yang komen..love uoll 
 hai nak minta tolong semua reader..yang mana lagi better



gambar atas atau bawah yang better..gambar yang berbackground ke yang transparent..
pls drop your comment ok..nak sangat korang nya pandangan cadangan..huhu
komen ya..aku akan guna yang mana ramai vote..huu

yang benar,
insan buntu

cis! suamiku


hah kena prank dengan laki sendiri..dia g tambah yang tanda kehamilan tuh. pastu panggil aku.. ni kenapa tulis camni? huahahah jahat betul!

1st April

hai da bulan april kan. sat ja rasa kan3.. aku pun da masuk 3 bulan lebih kahwen.. rasa macam dok dating time zaman belajar dulu-dulu jek. hehe yala belum ada rezeki nak ada baby.. nak buat camna takda rezeki. minta-minta cepatla tuhan bagi. tak sabar ni. hek3..

bulan april ni jugak aku akan start kerja aka training untuk 6 bulan di PSDC bayan lepas ni.. start khamis ni 4 april 9-5pm every weekdays.. sama la macam waktu bekerja orang lain.. maybe blog akan terabai. adus camna nak bagi blog berupdate hari-hari nih..

harap bulan-bulan akan datang memberi kebahagiaan kepada kami berdua suami isteri.. walaupun belum stabil dari semua aspek, Alhamdulillah everything ok without any problems.. aku n anam memang tak sabar nak ada baby pun. buat apa nak plan2 tunggu kewangan stabil ke apa.. bila-bila pun boleh. baby kan ada rezeki sendiri..oooh please bagi tips nak bagi lekat cepat.. hehe aku budak baru belajar nih. hee

april juga merupakan bulan untuk penuhi misi kami dua untuk simpan duit atau kata lain berjimat cermat.. ooh mampukah? kikiki simpanan ni untuk our next vacation tapi not this year ok.. percayalah akan ada rezeki.. amin!

itu jek lah nak cakap untuk bulan april ni. n jangan lupa join my 1st giveaway k. jangan tak join lak. aku baik hati nak bagi hadiah ni. taknak ke? hee

ok bye!

Attention!

Im in holiday mood..will update senarai peserta on sunday night or monday ok..mana yang blum ada nama tu sabar ya...see u soon!

Kegemaran sekarang

Sekarang ni husband n wife ni g ja makan mesti nak order kerabu pelam..kerabu pelam kerabu mangga sama la..huu
Yang start ketagih ni bila makan kerabu ni kat wangsa maju..kat situ paling sedap yang pernah aku makan..
Aku memang suka masam pun sejak kecik lagi..bukan sebab aku pregnant ya..haha asal aku upload j ada la yang tanya..padahal tak pun..tapi tipu la kan kalau cakap tak berharap..mestila nak kan..hee poyo..yala sebab aku p upload gambar mangga cicah garam belacah...wahhh melelh air liur ku..huu
Balik ke kegemaran aku tadi kerabu pelam haritu ahad aku ada g makan di hammer bay..boleh la tahan cuma tak pedas..biasala hantu pedas..kalau tak rasa pedas tu rasa tak puas ja..ish3 anam pun duk marah ja aii asyik makan pedas..haha nak buat camna kegemaran ok..
Aku juga suka tomyam, sup yg diperah asam limau, dan laksa..ooo btw harini aku nak buat laksa penang pulak..hahah tunggu hasilnya k..ook lah tu j nak bebel pagi2 buta ni.. japg aku review pasai wedding cousin ku di banting k.. dan jangan lupa join my 1st giveaway tu..hadiah pun sangat menarik taw..
 

 
hadaplah gambar ni pagi2..sakit perut tengok..haha
bye!!

tahniah result SPM cemerlang

congrats afif!
result spm kan kua harini..adik iparku salah sorang calon..
baru ja dapat result..
aku sebagai kak ipar sangat berbangga..
9A tu..tere betul afif..hebat!!
moga dapat continue study kat oversea..
maila penang nak bagi hadiah..hehe

congratulation Afif..

btw, afif ni adik anam yang aku penah story g melawat dia kat plkn baru2 ni..

sangatlah bangga sebab aku dulu2 spm tak banyak a pun..huahahahaua

projek weekend

weekend bila tah yang dekat PISA ni ada pc fair..aku n anam ada g situ sebab nak survey printer yang boleh print gambar..sekalik da abih survey n terjumpa yang berkenan terus amik tanpa pikir panjang..aku on ja apa2 dia nak beli..tak pernah tak on..hahah..

ya la anam ada projek kecil-kecilan dengan printer tu..haha

sebelum printer tu digunakan untuk projek dia..aku bisik2 la nak jalan projek aku dulu..projek letak gambar dalam frame orang bagi hadiah kahwen..so dia pun print lah gambar2 yang sesuai..huhu

printer ni ok jugak kualiti gambar dia..bolelah printer murah2 ja kan..

brand printer ni bukan canon bukan hp tapi rahsia..huahaha jahat tak..jom kita tengok gambar frame yang da siap..puas hati gambar cantik..frame pun cantik..tq pada orang yang bagi hadiah..

 nilah frame tu..cun kan design dia

hah parents masing2 ja dalam gambar ni..hahah

tapi still tak bole sangkut..anam asyik postpone ja..takda hook katanya

printer ni lah yang berjasa..tak sia2 beli ni..the best!

hah terisi la jugak weekend kami bila tak balik kampung..dari dok nga2 tengok hindustan ja kan.hehe..rasa nak jual photobook lah..ada ka orang nak beli?hehe 


i am who i am

tak sabarnya nanti april aku da tak jadi full time housewife. aku akan join insep. ala yang training untuk kerja tu selama 6 bulan.

lepas abih semua training tu dia akan serap kat mana2 company. dalam 6 bulan tu ada 3 bulan teori n 3 bulan dalam industri. dia akan hantar kat mana2 kilang di penang nih

mesti pernah dengar kan program macam ni. aku amik keputusan untuk pegi jugak course ni. da malas dok umah n akan dipandang serong oleh sedara mara yang kita tak dapat keja.. sedih tu memang la tapi aku takda rezeki cam korang yang murah rezeki..

kurang2 masa aku akan diisi dengan course berfaedah ni.. takdala jadi mandon kan.. huu tak sabarnya nak jadi bekerjaya. hehe.. jumaat ni ada orientation jap pastu yang betul nya start 4/4/2013.. memang tak sabar kan.. haha

sebenarnya housewife memang best.. tapi duit ni memang keperluan dalam hidup.. itu sebab la aku amik keputusan ini. aku nak hidup senang.. n insyaAllah aku akan buat bisnes secara part time. bila da stabil baru full time kan.. kewangan kukuh barula hidup bahagia n ceria kan..

training ni dekat psdc bayan lepas ja. 5 minit j dari umah aku. alhamdulillah sangat .. untuk preparation aku kena taw jalan untuk ke sana n buka akaun cimb ja.. then isi2 borang yang dia sedia. by the way this program ada elaun tiap2 bulan. tu yang alhamdulillah lagi..

ya Allah murahkan lah rezeki ku..n readers pls doakan daku.. tq semua!!

weekend @pantai bersih

semalam pas balik dari alor setar kitorang singgah di pantai bersih..anam katanya nak amik gambar saja2 sebenarnya nak amik angin..tepat2 sampai situ kul 6..best jugak sebab meriah dengan orang..terluang jugak wekend kami..huu..ini gambar dari instagram ja ya..haha sapa da tengok jgn muak la ok..ada lagi manusia yang tak tengok kan..hiks











 

sekian sahaja laporan weekend aku..sebenarnya hari sabtu ada wedding cousin aku.tapi malas lagi nak transfer gambar dari dslr..nanti da rajin ku update k..selamat bekerja semua..ooo next month aku da start training..mesti blog akan terabai..ala sadis lah camni kan..huu..

k bye.

sembang pagi

haii.. pagi2 camnih aku akan sedia kan breakfast untuk anam j.. pagi2 buat air teh n roti dgn scramble egg atau peanut butter atau roti salut telur.. aku tak suka makan breakfast awal sangat..so dia akan layan sesorang..

lepas tu, anam g keja..aku di umah buat macam2 juga..bukan duduk nga2 makan tidur ja k.. contohnya blogging ni pun part of it.. aku rehat time zohor dan abih keja kul 6..wah cam orang keja ofis..

awal2 ni mmg income pun kurang. tapi insyaAllah tengah membuat proposal lagi untuk to do something.. anam pun sama tengah work in proposal tapi bidang yang berbeza..yes we percaya pada rezeki..sabar ja yang penting..

itu je kot nak sembang..jom tengok gambar ngarut aku n anam.. hee good morning all








dapat dah photobook 10ringgit

yeyy cepat betui photobook ni sampai..aku buat khamis lepas harini da dapat..

yang bestnya harga 10ringgit tapi quality tiptop.. ingatkan standart magazine mangga n urtv tuh.. fuuhh tebal kot kertas dia. terbaik qualiti nya



 

sesapa nak beli bole la g sini pixajoy ya..photobook murah tapi terbaik! suka n tak sabar nak tunjuk kat anam..hiks nak racun anam suruh beli lagi 1 lah..hehe

opening uniqlo at quensbay mall

hari jumaat aku g uniqlo baru buka di quensbay mall penang..orang sangat la ramai..nak masuk pun kena queue..ya la kan hari opening of cos la ada sale kan..

awal2 da cakap kat anam suruh balik kerja awal semata-mata nak g sini..bestla pasni bole g shopping sini selalu..kalau tak kena g uniqlo di kl lah..



tengok punya la ramai dok beratuq..

time aku nak balik tu lagi la panjang..nasib baik aku n anam mai sebelum magrib..pas magrib tu yg queue panjang gill

ni jerrr hasilnya beratuq lama2..hee suka

yang paling suka room shoes tu la..aku memang cadang nak beli kasut tu untuk masuk dapur...sekali kasut comey ni ada pulak kat uniqlo...terus aii jeling2 kat anam..dia pun taw aku nak ni..so dia pun ok siap tolong pilih lagi corak ni..hahah 

best taw room shoes ni..duduk kat dapuq rasa cam duduk atas carpet taw..
n polkadot ni anam yang pilih..kalau tak aku nak yang corak bunga2 tapi ikut kan ja suami cakap..huu

tshirt untuk anam..suka yang one piece tu..smart kan..

jadi jom la semua orang penang pakat g uniqlo penang..haha barang best kot n berbaloi2..yang sebenarnya aku ajak anam g ni pagi2 taw..sanggup nak suruh ponteng kerja..kah3 sanggup..tapi harapan la anam nak ponteng 2 jam pun..hee..

kalau g hari opening ni dapatlah recycle tote bag ni..ok lah kan..aku rasa pembelian atas 100 kot dapat redeem tote bag ni..

ok selamat shopping.!
bye

sepetang di straits quay penang

weekend bila tah aku g straits quay ni..straits quay ni dekat tanjung tokong..dekat dengan tesco tanjung bunga jah..anam bawa aku mai sini sebab dok terbisik2 kat telinga dia boring..dalam status fb lagi..hah dan2 dia nak bawa p straits quay ni..

kalau tak dok memerap ja dalam rumah..aku tengok dia dia tengok aku..haha..jom kita layan gamba yang ada..ada setengah aku da share dekat instagram..tempat ni memang lawa..

 gamba tuan tanah mestila kena ada
gamba dari ig..

 

bot yang dok parking..yg bertingkat2 tu lah hotel

cantik
straits quay ni ada hotel n sikit kedai untuk shopping n banyak nya restoran n bar..hotel tu untuk pelancong yang mai park boat dorang kat situ..so kebanyakan tourist la yang ada di situ..



husbeng aii control lahai..dia kalau kita nak amik gambaq dia bukan nak duduk diam2..haih geram




 


gambar control cun la pulak..haha layan kan aja..kikiki
btw ramai membe aii tanya mana beli candy jeans hijau ni..aku beli di uniqlo..murah ja..rm49..berbaloi2 n puas hati dari beli online kan...huks


sebelum balik tu ada pulak live ni kan..aku layan sat pastu balik sebab da nak magrib..

kat sini kalau nak mai lebih baik pakai baju sukan sebab bole sewa basikal atau korang bole jogging..best taw jogging sini..yala dia nya path tu tepi laut kot..angin laut kan best..yang tak best mabuk laut..ahahaha

bye

Sultan Sulu sebenar!

 
 
Laporan di bawah ini begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.




Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.






Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.


Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.
 
-dipetik dari sumber dipercayai

weekend

 
 
how was your weekend?? mine ok lah sebab balik alor setar n g tengok adik ipaq di plkn bukit besar kulim.. tak sempat lak nak kedai kek yang ku cakap di entry lepas.. sebab yla lepas lunch baru kluar penang..mana nak sempat kan plkn tu sampai 5pm ja boleh melawat..
 
ini la adik ipaq ku..control macho kan?eh tuan blog pun ada..
ofkosla..

adik ipaq ni dia request KFC..n ada suruh bawa stock untuk lagi 2 minggu..yala duduk situ membe jual punya la mahal..maggi rm1.50 milo 3in1 pun rm1.50..mahal kan? maw tak cepat duit abih kan.. ni pun dia dok mengadu lapar sebab duit dia abih taw..alololo kesian sangat..kitorang sampai sini ada kot setengah jam lagi nak pukul 5..

lepas da balik dari plkn tuh terus direct ke alor setar..takda buat apa sangat..g tengok baby cousin ja.. yala duduk kat rumah pun takda sapa.. lagipun g sebab nak makan kek batik kat situ.. ganti

sempat lagi bawa balik kek batik untuk sahur semalam..
aii posa sunat ganti..kikiki

Raees Mifzal
ahaha lawak nya muka..eh pandai tengok camera nampak!

 ini abang baby tadi..Zharif..
comey!

 hari ahad takda apa sangat pun cuma g market besar alor setar beli barang basah untuk bawa balik penang..yang bestnya aii beli ayam n daging tapi mama ku tolong basuh siap..waaa macam taw2 jerrr aii paling malas bab basuh2 bahan basah ni..ikan termenung pun dia bagi siap buang perut cuci semua dah..the best mama in the world! love u..hee

semalam gak g potong rambut laki ku..tunggu nanti update gambar..haha sikit lagi dah macam Tony Stark..kah3

BYE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo