Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

nasi ayam budu

tadi aku dinner kat luar sebab malas masak eh g shopping barang dapur. alang-alang dah keluar, makan pun kena la kat luar.haha amik kesempatan..nasi ayam budu ni kat area bayan baru sana..

dekat-dekat shunsine n giant sana..hik3 aku nak cakap pun tak berapa nak terer lagi jalan dalam penang nih..dalam gps ada kot.cubala search..

boleh la tahan rasa dia..orang pun ramai dok mai makan sini..tadi aku order nasi ayam biasa.anam lak nasi ayam special..pastu aku nya nasi dengan ayam dalam pinggan sekali..kalau special ayam n nasi duk dalam pinggan asing2..tu ja beza dia

aku dok tanya anam apa yang special nya nasi ayam special ni. dia jawab "ni ayam dok asing dengan nasi..awak nasi ayam biasa dok pinggan sekali"..erk sakit hati dengar jawapan dia..hehe

jomla cuba nasi ayam budu..orang kelantan nya restoran nih..huu

spaghetti bolognese simple for dinner

hai i'm back..da abih my holiday..harini dah melekat di rumah dan kembali berdua dengan husband hensemku..hehe..untuk giveaway nya senarai peserta aku da update ok..so sesapa yang da join bole la check di sini dan sapa yang belum join my 1st giveaway tu boleh join di sini ok..

sebelum ni aku ada cakap kan aku in holiday mood sebab family in laws ku datang penang..stay kat sini 4 hari 3 malam..lenguh kaki jugak la hari2 berjalan sana sini n join sekaki shopping jugak..hee.entry untuk holiday2 haritu esok2 lah aku update k..

harini nak tunjuk aku n suami nya dinner malam ni..benda paling senang nak buat..aku masak spaghetti bolognese simple tanpa sos prego ok untuk dinner malam ni..yalah sangat senang sebab kuah ni 10 minit ja da siap..hehe..main campak2 je..


mari aku nak gitaw cara n bahan yang simple dan cepat dan pantas ni..

bahan:
*bawang besar
*bawang putih
*mentega
*oregano
*ayam kisar
*sosej
*tomato
*spaghetti
*tomato puree
*tomato n cili sos
*garam

cara:
1. rebus spaghetti hingga masak dan alihkan
2. panaskan mentega
3. tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang diketuk
4. masukkan ayam kisar bersama dengan sosej dan masak hingga air ayam keluar
5. bila air ayam da keluar, masukkan oregano
6. masukkan tomato yang dipotong dadu
7. masukkan 1 sudu besar tomato puree, tomato n cili sos
8. masukkan garam secukup rasa
9. sedia dihidang bersama spaghetti


haha boleh la makan taktaw sedap ke tak..tapi husband aii cakap sedapla.haha..padahal ugut dia..kah3 lawak ja...dia ikhlas taw..hehee

ni buah pelam harum manis..mak mertua aii bawa..thank you so much..sampai sekarang dok asyik makan ni ja..ya la kan buah harum manis ni kan dah la mahal susah nak dapat pulak tu..terima kacih..

itu ja nak tunjuk apa aku makan malam ni..haha jom tengok bintang mencari bintang jom..layan je lah walaupun kurang kick

ok bye!!

brunch ku harini

alah alah tak abih2 makan makan makan..bukan bertambah kurus ni..menggemukkan ada..hahah asyik2 entry makanan kan..mesti bosan kan..hahah tak kira nak tulis gak sai makanan..

yala weekdays mana ada keluar2 rumah..anam balik kerja ja penat..nak keluar malam harapan lah..so bahan nak cerita takda..apa yang hari2 ku buat ofcosla melantak (orang kedah cakap melantak tu makan)..tu yang entry makan2 masak2 ni da mencanak dalam blog nih..haha nak cerita anak, anak takda lagi..nak cerita kucing..tak minat kucing..hehe..nak cerita anam, apa yang menarik..

hah cuma anam ni otw nak buat master di unikl..tajuk da dapat..tapi aku dok suruh buat proposal tak buat2 lagi..haih nak buat master ke taknak ni?kikiki aii ok ja yu la ok ke tak..hiks

oooo jom story aku brunch apa harini..tngok dalam dalam kabinet spagetti ada. tengok dalam peti ais pun ada udang ada cheese bar.hah dalam kepala ni teringat nak buat olio spaghetti tapi olive oil takda n banyak gak bahan takda..

last2 aku decide buat ja spaghetti cheese...paling senang dalam dunia kot..jom aku nak share resepi spaghetti cheese versi linalilo..haha bahan ni takda sukatan ya sebab korang ikut suka n agak2 la untuk berapa orang makan..takda sukatan yang betul pun sebenarnya..agak2 ja

bahan:
  • cheese bar
  • air (kurangkan kalau nak pekat dengan cheese)
  • spaghetti
  • black pepper
  • oregano
  • udang

cara:
  1. rebuskan spaghetti hingga lembut..da masak, sila toskan.
  2. masukkan semula spaghetti ke dalam periuk plus air bersih
  3. masukkan cheese. gaulkan sehingga rata
  4. seterusnya masukkan udang. kacau sehingga udang masak
  5. masukkan oregano dan black pepper
  6. sebelum spaghetti kering, tutup api dan masukkan dalam pinggan
  7. sedia untuk dihidangkan 
 
 
alhamdulillah aii kenyang..aku tak suka kering sebab cepat muak..tu yang berkuah sikit tu..harini hari nak abihkan stok barang basah..esok da nak ke banting..yang cousin haritu nya reception sebelah lelaki..

ok bye!!

resepi laksa kedah simple

ya trademark ku ofcos la laksa simple dalam dunia. semua nak simple kan..lunch tadi aku masak ni taw. makan pun sorang..anam kurang sikit.. huuu

untuk pengetahuan semua aku memang pemakan pedas tegar..haha..lagi pedas lagi terangkat




yg ni da gaul dengan kicap taw..kih3 nak bagi kick lagi

jadi harini aku nak share la resepi laksa yang simple nih..laksa orang tak cukup bahan..hah aku tak suka sangat laksa yang ada belacan..jadi laksa aku memang buat tak penah letak belacan..ceh cakap macam buat laksa banyak kali dah..padahal ni baru 2nd time..haha

Bahan-bahan ( 3 org mkn )
Ikan kembung 5 ekor Bwg Merah (5 ulas) Cili kering (segenggam) Timun cili padi
asam keping
Laksa Kering atau Laksa basah (setengah bungkus)
Daun Kesum dan Bunga Kantan
Limau Nipis

Cara-cara
1. Rebus ikan kembung mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jangan buang)
2. Kisar bawang merah dan cili kering
3. Masukkan bahan kisar ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam keping, daun kesum dan   bunga kantan  
4. Kisar ikan kembung yang diasingkan tulangnya 5. Kisar tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk tadi
 6. Masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa 7. Boleh la dihidangkan dan ditabur timun,cili padi dan limau nipis


nasi goreng tomyam




selamat tengahari..eh petang..tadi lunch aku masak nasi goreng tomyam..so aku nak share la resepi nasi goreng tomyam yang sangatlah simple..

yala aku makan sorang ja kalau lunch. dinner baru lah makan sekali anam..nasi goreng kan benda paling senang nak buat kan.so keluar lah idea nak buat nasi goreng tomyam..memang simple asalkan cukup bahan kan..

bahan:
2 mangkuk nasi [gaulkan bersama garam]
udang [buangkan kulit]

carrot [potong dadu]
kobis bulat [potong kecil]

1 bij telur
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak


bahan tumis:
10 tangkai cili padi
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 kiub pes tomyam knorr
air limau nipis


cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan carrot, kobis dan garam. kacau rata sehingga masak.
 
3. Masukkan udang. Kacau rata.
 
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
 
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
 
6. Rasakan garam dan tutup api. - aku tak letak sebab dah rasa garam dari gaul nasi tadi
7.Masukkan cili api tumbuk dan gaulkan sekali lagi.
 
8. Hidangkan.


hah siap! senang ja kan..korang semua bole lah try..mana taw menjadi favourite suami ka family korang kan senang..

sapa da try masak or baru nak try sila share apa rasa n kot2 ada tambah2 apa lagi dalam resepi sila la share di comment k..selamat menjamu selera semua..humm dap dap nya

resepi nasi ayam simple

ya semalam ahad mengrilek kan diri di umah ja..jadi aku pun cadang nak buat nasi ayam simple ja..haha semua makanan ku simple dan senang..bahan yang perlu ofkos la ayam dan beras dan cili dan kicap cap kipas udang dan sos tiram..

ayam yang siap diperap..huu

cara nak perap ayam:
-sos tiram
-kicap cap kipas udang
-sos barbeque

mula2 rebus ayam dulu sehingga separuh masak n angkat dari air rebusan n lumurkan dengan bahan perap..simpan ayam perap dalam peti ais selama 20-30 minit..lagi lama lagi best dia nya rasa

bahan n cara buat sup ayam
-bawang putih ketuk
-halia ketuk

rebus ayam hingga separuh masak..angkat ayam separuh masak dan sambung masak sup dengan menambah sup bunjut, kiub pati ayam n daun sup dan sedikit garam

bahan n cara masak nasi
-bawang putih ketuk
-halia ketuk
-serai ketuk
-kulit kayu manis
-bunga cengkih
-bunga lawang
-marjerin
-beras
-kuah sup ayam
-kunyit sebagai pewarna

basuh beras dahulu n toskan..kemudian tumis bahan tumis n serai dengan marjerin ..bila da naik bau masukkan beras yang ditos tadi..goreng beras dalam 5 minit n masukkan kuah sup ayam secukupnya dan sedikit kunyit serbuk untuk pewarna..saya tumis di atas dapur gas ya nak bagi cepat sikit..hee

bahan untuk kuah kicap n kuah cili

untuk kuah kicap saya blend cili padi+bawang putih n sup ayam
untuk kuah cili pulak saya blend cili merah+sos cili n sup ayam

aummm wallah siap

ni lah nasi ayam yang first time aii buat

elamat mencuba..bye

nasi tomato untuk berbuka

yaaa semalam ku puasa lagi..so mestila cuba resepi baru..nasi tomato n ayam masak merah..Alhamdulillah menjadi la untuk yang first time buat cam aku nih..hak3

aku buat pun guna resepi dari blog orang jugak.tapi tak ingat da la..huu

nasi tomato ayam merah

disini aku share resepi hentam keromo ku k..kui3
bahan-bahan:
bahan*
2 sudu besar marjerin
2 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang
bahan a
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar tomato puree
1/4 cawan sos tomato
garam + gula
3 pot - Beras (rendam dalam air selama 15 minit)
cara - caranya...
tumis bahan* sampai naik bau, dan masukkan bahan a kecuali beras.. kacau sehingga sebati..
masukkan ke dalam rice cooker (kalo nak terus tumis dalam rice cooker pun bole) dan masukkan beras dan air (sukatan air macam masak nasi tu)..
kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata.. 
 
hah senang gila kan..ingat kan susah sangat..bila da taw masak ni macam2 nak cuba buat n puas hati sangat kalau pelanggan tetap aii tu puji..hee pelanggan tetap tu ofcos la husband ku..hiks...
 
sebelum anam balik kerja semalam aku order nak kuih untuk berbuka..nak kuih yang manis2..tapi yang best nya dia tak beli kuih tapi beli cupcake yang comey2 dan sedap..huwaaa ni sayang awak lebih ni..hee





yang strawberry ni paling sedap

inilah kedai kek yang anam buat hantaran tu
dia beli kat sini lah yang kek semalam pun..
best2 nanti nak beli kek len pulak

Alhamdulillah kenyang semalam...ku bersyukur dengan nikmatMu...

terimalah aku update gambar makanan ja...yala nak review kawen n honeymoon pun tak sampai mood lagi..haha..nanti ku update ya..selamat bekerja semua..

bye

weekend..apa aktiviti?

 
 


ya Allah ya Allah..temptingnya..jangan jeles pasni aii nak g carik cake n tarts ni semua.. dekat penang ni gak..nanti aii update nama kedai tu n kat mana ya. 
pas dapat kek ni nak g melawat adik anam di plkn.. katanya lapar..stok makanan abih katanya..so dia request macam2 n KFC gak..kesian la kan dk atas bukit di kulim tu..
 pas g plkn, nak balik kampung..balik alor setar...uwaa lamanya tak balik..rindu membuak buak da ni...haha..
nanti ku upload gambar makan kek ni ya...tunggu...

so apa aktiviti korang hari sabtu n esok ahad?

resepi baked mac n cheese

hai ya semalam daku buat mac n cheese ni.first time buat ni.tapi husband cakap ok.haha anggap ja dia ikhlas.nak buat ni sangat la senang. itu sebab la aii bole je buat siap panggil jemput membe2 anam mai makan dinner di rumah. nak buat ni sikit2 tak boleh.so da banyak ni tu yang panggil dorang mai tolong makan aka housewarming kecil-kecilan..hee Alhamdullilah makanan cukup n semua habis. puas hati la walaupun lenguh kaki sampai ke harini. biasala mana pernah masak2 banyak ni n pinggan mangkuk nak kena basuh pun banyak..tapi nasib baik aii manage to do.hik3 puas hati. so aii nak share la resepi yang ku masak semalam. selamat mencuba ye..

baked mac n cheese
ingredients:
butter 125g
garlic 5ulas- chop
yellow onion
ripe tomato
mince beef 500g
oregano 1tbs
bay leaves 3pcs
tomato puree 1 tin
button mushroom
cheese cheddar brand kraft 1 block
frsh milk 350g
cili n tomato sos
mac elbow 400g
potatoes- diced

how to:
masakkan macaroni sambil2 masak gravy dia
1. panaskan butter n bile cair masukkan garlic, bile garlic dah turn to gold colour masukkan diced yellow onion..
2. bile onion tu dah layu n naik bau... masukkan minced beef, buh garam, oregano, peppercorn,n bay leaves ni dicarikkan..
3. bagi air daging kering dulu... then masukkan dice tomatoes and potatoes..
4. bile tomato dah layu... masukkan tomato puree.. n kaco..
5. masukkan button mushroom..
6. rase n tambah aper yang patut lah... chili sauce kalo nak pedas n manis skit.. kalo tak cukup masam tambah tomato sauce..

white sauce:
cheese block digrated n masukkan lam periuk, masukkan fresh milk n satu sudu tepung gandum, kaco sampai cheese hancur..

nak bakar:
oven 180.. gaul macaroni ngan gravy sampai sebati.. masukkan lam bekas, n tuangkan white sauce.. then bakar for 20 mins..

 
baked mac n cheese yang da siap. gambar maw over ok. 1 je amik gambar semalam. malas n tak dan.haha gambar tetamu pun takdek..huu

akhir sekali thanks kat tetamu yang sudi mai sembang sampai 10lbh baru balik..nanti aii buat lagi makan2 yang besar-besaran n jemput semua ya..k bye.

sehari di gurney penang

hai semua pembaca2 penunggu2 blog.hahaha. hah macam gambar kat atas ni semalam aku up status ni. sekali suami saya ahaks (muntah) kahkahkah p baca status ni hah dan2 la dia ajak p gurney sebab dia da janji nak cari laksa penang. hah bagus la baru dia nak taw bini dia ni boring weekend dok nganga ja. haih. tak produktif langsung. kalau tak asal weekend ja balik kampung. weekend ni tak balik sebab selasa da nak g kelantan.reception kat sana lak. dan cuti yang panjang. 2 minggu tu. lama sebab sekalik g honeymoon. yeah tak sabau.

sampai j persiaran gurney tuh terus cari kedai jual laksa ni. btw kak sarah senior usm yang cakap laksa ni best. kira true laksa penang laa. perghh berasap kot memang terbaik la. kedai ni dok dalam medan selera anjung gurney tuh. yang style banyak2 gerai tuh. n stall dia nama laksa penang ayer itam. harga dia rm3.50.ok la kan tak mahal pun n berbaloi la g sini.aku makan sate gak.wah pun terbaik makan panas2. sate sah2 la takdan amik gambar da melahap time tu gak. hahaha. yang fames lagi kat situ ofcos la pasembor rojak penang yang semua orang pun da taw kan. very suggested g sini. makanan dia memang tak mengecewakan.


selipar anam

mana bole anam ja beli. aii pun nak

slazenger jer

vincci jerr

hah da abih makan melencong la shopping kat parkson gurney tuh. sale melampau2 sebab nak CNY. wah puas hati la shopping semalam. kan shopping pas makan. jadi tenaga pun memuncak la. hahaha. anam beli selipar aku nak gak flat. anam beli bagpack aku pun nak handbag. kahkahkah mana bole kalah. last2 aku sambar flat larrie yg comfort n handbag vincci n anam selipar hush puppies n bag slazenger 20L. sampai tutup la dok beratur nak bayar lagi.hak3 semua ni shopping untuk honeymoon nanti next week. tak sabar!!

berbaloi2 g sini. puas hati tapi yang menangis sebab duit cepat j keluar. takpa lah kena rajin lagi carik duit. hari sabtu tu memang da keboringan tahap melampau sebab suami aii ada training 1 hari. aku kat rumah layan hindustan ja. tu yang hari ahad balas dendam n shopping ni kira terapi la. hehehe

ok tu jerr nak khabau kan. bukan apa lama tak tulis ni sebab nya internet ya Allah hai lembab nya hanya Allah yang taw. ok gudbye. tunggu review reception.kah3 berapa tahun lagi tah gambar aku nak dapat dari photographer ni.lahai.. dan review menyambut menantu dan honeymoon ku.. see u soon! eh soon ke? hahaha byep.

girl's coursemate farewell

memandangkan sem ni sem akhir untuk semua,insyaAllah amin, semalam dak perempuan dari school electric n electronic kua makan2 n sebelum makan, pergi main bowling dulu di the summit bukit mertajam penang. memang having fun sebab most of the girls dapat pergi. pukul 4 plus minus bertolak dari usm ke bukit mertajam untuk main bowling. untuk yang g main bowling ni hanya lah 5 kereta. selepas da penat main 2 game kami terus ke restoran puncak mutiara kg pelet. kat sana tambah lagi 2 kereta.total damage yang pegi 28 orang kalo tak silap..woo riuh sekampung cam g rombongan sekolah. hehe. overall memang best. n jom layan gambar. biar gambar berbicara seterusnya..acewahhh.hee. jangan muntah gambar banyak tak terkata..kikiki

the girls..tak complete lagi nih.

dari kiri: asma, me,diana,cen
duduk: noni

group champion.haha

 




my ring

me lagi *jgn muntah*

 

 dua org bajet ayu *jgn marahh

yuna usm!

lastly..group scoreboard..terenya tak sampai 100 pun..kui3

abih j main bowling terus ke kampung pelet. restoran dengar cita best. eh bkn dengar saja, dah try pun semalam. hehe. macam-macam ada best kambing, nasi beriani, n banyak lagi. korang wajib pegi. restoran ni sesuai untuk family. n harga nya berbaloi-baloi ala2 makan di secret recipe ke nando..hee. jom layan gambar lagi sampai muntah hijau..

 kayangan

 the menu #1

menu #2

tengok menu sampai sejam. banyak gill makanan ada

waiter sampai pening. nak ambik order ramai sangat..*sorang2 pleasee!!







ice cream sunset apa tah nama..fuhh

excited dgn sunset. kui3

sup kambing..uummph~

*tempting


tak nyabar!





sesi check order sebelum bayar
total damage: RM600++

photo of the day

hah sedia plastik ka baldi senang nak muntoh. hahah. banyak gila kan gambo. last but not least, saya sangat lah happy. n to all my classmates, nanti jangan lupa datang aii nya kenduri n paling penting jangan lupa bawa hadiah sorang 1. hehe..wuuu thanks semua yg menjayakan farewell ini.. mmuahhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo