Anakku Khalyssa binti Khairul Anam

Assalamualaikum..
Lama kan aku tak menulis..yes harini aku kembali dengan gelaran seorang mummy pada Khalyssa binti Khairul Anam. Baby Khalyssa selamat dilahirkan pada 2 Disember 2013 jam 7.30petang di INS Specialist Alor Setar Kedah dengan berat 3.45kg. Disebalik gembiranya menerima ahli baru dalam family, aku dikhabarkan oleh suami yang anak kami ada masalah pada peparunya kerana tertelan najis. Ya Allah sedih nya tapi berlagak cool lagi. Aku serahkan pada doktor untuk buat yang terbaik. Dari hari dia dilahirkan hingga lah harini aku belum pernah pangku,riba dia lagi.

PAUSE

*lap air mata

Sebabya sejak dia lahir,doktor kena pantau keadaan dia dan tak boleh duduk dengan ibu. Aku pasrah. Esoknya aku dah bole discharge tapi anakku kena stay situ. Ya Allah hanya Allah j taw orang lain happy ja bawa balik baby. Aku?

PAUSE

*lap air mata

Hari ketiga aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari INS mengatakan anak ku tiba2 hari ini oksigen dalam badan dia drop dan terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah bahiyah di unit NICU. Pada masa tu rasa jantung nak luruh nak cakap fon dengan doktor tu pun da tak bole dan aku pass fon pada suami ku dan kami segera ke kecemasan hospital Sultanah bahiyah. Time tu nangis ja non stop. Tunggu baby sampai dari INS dengan membuatkan aku  berfikir macam2 dan suamiku tak putus2 memberi semangat padaku dan pada masa sama dia pun dok nangis. Ya Allah!

PAUSE

*lap air mata

Di NICU baby diberi bantuan oksigen sehinggalah harini 19.12.2013.
Minta semua yang membaca ni dapat mendoakan baby Khalyssa binti Khairul Anam supaya cepat sembuh dan sihat dan diberi kekuatan untuk melawan penyakitnya. Amin. Doa dari semua amatlah dihargai.

Saya juga berharap diri ini kuat untuk melalui ujian berat ni dengan sabar dan tabah. Sesungguhnya Dia takkan bagi ujian pada hambaNya yang tak mampu menanggungnya.

*lap2 air mata.

Ya Allah rindunya anakku Khalyssa yang masih lagi di NICU. Ya Allah yg maha penyembuh ku memohon Moga anak mummy cepat sihat cepat sembuh dan kuat. Mummy dan dadday sangat menyayangi sepenuh hati.

*lap air mata

wordless wednesday



18 minggu!!

hai.. lama kan tak update. hehe. biasala tak dek masa free (kekonon). ya la setiap weekday aku ada training pastu weekend pulak balik kampung cari makan. hehe

minggu ni aku dah 18 weeks. baby bump pn belum nampak tapi macam da nampak. uwaa tidak mungkin aku akan gemuk?? wuu wait n see!!

setakat ni belum rasa lagi pun baby kick. tahla maybe baby ada kick tapi aku taktaw yg tu dia nya kick kan. haha.. takpalah nanti bole la kot taw rasa kick or baby movement ni camna kan. sabaq mommy tak lama da. hahaha..

masuk 4 bulan ni da takda alah yg loya2 tu. fully discover! cuma sekarang ni nafsu makan makin menjadi-jadi.. huaa time makan tak sedaq.. sekarang baru nak sedar kan. haha sangat.. takutnya badan naik mendadak nanti susah nak slim balik. kikiki

yang lain tu takda apa da kot. normal la kan banyak angin n perut sebu. baru j makan 5 minit, tiba2 da lapar macam nak pengsan. ayo.. sekarang gigi asyik la tak ok. pasni kena buat appoinment dengan dentist pulak kot. fuhhh!!

haritu masa week 14 aku ada checkup n ada buat ultrasound untuk kali ke3 sebab nak confirm EDD..yang happy nya dapat tengok baby dok senaman pagi..huaaa sangat la excited tengok baby aktif camtu..aduhh tak sabarnya nak tunggu dia kluar ke dunia nih.kih3..

weekend 2 minggu lepas aku n husband g mothercare gurney untuk tengok2. yala kan tengah sale. last2 sempat jugak beli bib, socks n gift set romper tu. bole la sebab ada less 20-60%..

sebenarnya aku ngah blur lagi apa yang aku kena beli lagi. huaaa help!!

tu ja kot nak cakap..doakan aku dan kandungan selamat dan selalu..bye!

Alhamdulillah I'm pregnant!

syukur kepada Allah SWT
rezeki dari ALLAH..tak ku sangka aku n suami bakal mendapat seorang zuriat..
terima kasih untuk semua yang mendoakan aku n suami..aku sangat bersyukur dengan rezeki ini
InsyaAllah berkat doa kalian mudah-mudahan aku dan kandunganku ini selamat sehingga 9 bulan bersalin yer.. Aminn...
doa ku juga mengiringi kawan-kawan yang masih berusaha mendapatkan cahayamata..
bersabar la.. sebaik-baik perancangan dari Allah juga :)
satu pesanan dariku jangan henti2 merintih, meminta,berdoa padaNya..

 
first time buat ultrasound..8week time ni

untuk semua yang tak tahu, period aku ni tak regular..ikut suka hati jerr bila dia nak mai..so aku nya period da lewat banyak minggu da..nak cakap banyak tu memang banyak la sebab last period tengah bulan 2 ni da tengah bulan 4 pun tak muncul2 lagi.tu yang buat tak tahu ja.test pun lambat..hee..

da tu da nak dkat 2bulan tak muncul2 period, aku pun test upt sendiri sebelum subuh hari apa tah da tak ingat..kikiki tak sangka double line..aku pun cakap a kat anam ada double line kat upt tu..hee dia pun relax ja..takda reaksi apa pun..kui3..

malam tu jugak g klinik g cek buat ultrasound n tak sangka da 8 minggu da pun time cek tu..huuu lambat btuii aku taw ada baby dalam perut aii..huu..Alhamdulillah da nampak heartbeat time tu..bestnya tak terkata..syukur syukur syukur..

sekarang Alhamdulillah morning sickness ku da berkurang..tu yang start berblog nih..huu..
actually bukan morning la tapi evening sickness..asal petang ja semua masalah mai..tido je sepanjang masa..tapi yang paling ku syukur, aku takda muntah2 cuma penat letih sakit kepala mual2 je..tapi tu pun sebulan jugak tak bole masak dapur n malas nak buat kerja2 rumah..huuu


goodbye 1st trimester..hai2 2nd trimester..be nice ok..
pasni aku kan aktif berblog balik ya..tapi mostly mestila about my pregnancy ni kan..hehe jangan muak k..hee

ALHAMDULILLAH!!
Semoga anak yang di kandung ini menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
This Blog is Protected. Copyright 2008 © Design By Linalilo